Pasai apa nak tunggu lepas PRU13 baru nak bersumpah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 23, 2013

Pasai apa nak tunggu lepas PRU13 baru nak bersumpah?

Kalau ikut hukum adat dalam bisness jarang sangat ada yang bernasib baik macam tu melainkan melalui saluran rasuah dan penyalahgunaan kuasa kalau pun mungkin bisness dia bukan edar pil kuda.

Mat Said kaki rasuah
TheMalaysianInsider melaporkan
KUALA TERENGGANU, 22 April — Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu akan bersumpah menggunakan al-Quran sebaik sahaja BN membentuk kerajaan selepas 5 Mei ini sebagai “aku janji” tidak akan terlibat dengan rasuah dan pecah amanah.

Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, malah kesemua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan terutama yang melibatkan urusan tender juga akan berbuat demikian.

Ini bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran awam di Terengganu, kata beliau. - TMI.  
Hebat Umno Terengganu, PAS Terengganu pun tak sehebat depa, tak berani nak bersumpah guna Al-Quran takkan rasuah.

Cumanya, pasai apa nak tunggu lepas menang baru nak buat sumpah tu, pasai apa tak buat sekarang ja, baru la betul kalau betul-betul nak bagi rakyat yakin.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Ahmad turut mengejutkan tetamu majlis itu apabila beliau turut bersumpah menafikan penglibatannya dalam skandal balak seperti yang dituduh pembangkang.

Tegasnya beliau berniat hendak ke ceramah pembangkang pada waktu malam dengan membawa Al-Quran untuk bersumpah menafikan tuduhan itu namun, tiada kesempatan waktu.

“Secara kebetulan pula, pada hari ini ada program SPRM, jadi saya bersumpah menafikan tuduhan itu, saya tidak takut kerana tidak buat, ambil duit dan sebagainya (seperti yang dituduh). Itu bukan cara saya (untuk cepat kaya). - Ibid.
Aku tabik Mat Said pasai berani bersumpah macam tu, cumanya aku teringat sorang kawan kepada kawan aku. Kawan aku ni satu masa dulu masuk satu pertubuhan yang popular dengan gelaran ayahnda.

Kawan aku cerita kawan dia bagitau orang yang nak masuk pertubuhan tu kena bersumpah dengan menjunjung Al-Quran jugak dan kesimpulan sumpah depa tu depa bersumpah nak buat Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

Masalahnya, kawan kepada kawan aku tu kerja dia sekarang ni jadi bonser kelab malam, kat belah Bangsar. Dan kerja dia part time supply 'ayam' kat pengunjung kelab malam sekitar tu.

Aku taktau la sama ada kawan kepada kawan aku tu faham ka dak apa yang dikatakan Amar Maaruf Nahi Mungkar tu, tapi kalau ikut kata kawan aku tu kawan dia tu dulu sekolah agama rakyat, takkan kut dia tak faham  Amar Maaruf Nahi Mungkar tu.

Aku harap Mat Said ni bukan jenis macam kawan kepada kawan aku tu. Tapi kalau tengok ke taraf 'bekeng' dia tu nampak macam lebih kurang ja dengan kawan kepada kawan aku tu cumanya kawan kepada kawan aku tu aku rasa bukan jennis kaki rasuah kut.

Kalau ditengok secara lebih halus dan teliti, aku tak nampak kat mana relevannya kalau orang yang tak suka rasuah boleh kekal dalam Umno, tambah-tambah la kalau tahap jadi pemimpin tinggi dalam Umno.

Dr. Mahathir sendiri bila ulas bab rasuah dalam Umno atau nama komersialnya politik wang kata Umno dah membusuk sampai ke usus.

Pasainya bab rasuah dah jadi macam darah daging dalam Umno. Nak kata apa kalau orang macam Isa Samad pun masih boleh jadi calon walaupun Umno sendiri dah jatuh hukuman kat dia atas kesalahan rasuah masa pemilihan parti.

Rata-rata pemimpin Umno kaya-raya malah ada yang kaya sekelip mata tak lama selepas menang jawatan dalam pemilihan Umno walaupun sekadar jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian.

Kalau ikut hukum adat dalam bisness jarang sangat ada yang bernasib baik macam tu melainkan melalui saluran rasuah dan penyalahgunaan kuasa kalau pun mungkin bisness dia bukan edar pil kuda.

Kesimpulannya, takkan kita nak percaya dengan sumpah orang yang nampak jelas sangat kaki rasuah dan salahguna kuasa, tak kira la dia bersumpah guna kitab Al-Quran ka atau kitab Injil ka maupun kitab weda.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...