Lagi menteri nak memperbodohkan rakyat. Statement macam dajai... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 03, 2013

Lagi menteri nak memperbodohkan rakyat. Statement macam dajai...

Kerajaan cuma pentingkan keuntungan syarikat kroni, slogan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" tu sebenarnya langsung takdak makna, tak lebih dari sekadar selogan untuk memperbodohkan rakyat.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 2 Feb — Dengan memberi alasan "isu teknikal", Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini berkata kementerian pengangkutan masih belum menyelesaikan masalah perundangan melibatkan kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menimbulkan kekeliruan sejak Disember lalu apabila Pejabat Peguam Negara membekukan saman tersebut keatas pengguna jalanraya. - TMI.
MalaysianInsider juga melaporkan:
Namun, beliau menegaskan pesalah masih perlu membayar denda walaupun berkata mereka tidak perlu menghadiri sesi di mahkamah kerana kerajaan dan pihak pendakwa raya mencari jalan penyelesaian bagi masalah undang-undang yang timbul akibat penswastaan penguatkuasaan kamera tersebut. - Ibid.
Tak ka dajai namanya macam ni punya menteri?

Kalau dah tak perlu hadir ke mahkamah pasai apa pulak nak kena bayar denda? Bila masanya depa-depa yang kena tangkap gambar dengan kamera AES tu didenda?

Tolong la jangan dok bodohkan rakyat. Nama pun surat saman bukannya surat denda. Surat tu cuma suruh hadir ke mahkamah tapi kalau malas hadir ke mahkamah ditawarkan untuk bayar pompaun.

Kalau dah sah-sah tak perlu hadir ke mahkamah, bangang apanya nak kena bayar kompoun pulak.

Harakahdaily baru-baru ni ada melaporkan:
UALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) tetap dengan pendirian bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu ditangguhkan serta merta kerana masih terdapat masalah teknikal dan kepincangan yang belum diselesaikan.

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff yang dihubungi memberitahu, beliau kesal dengan tindakan kerajaan yang mahu meneruskan operasi AES seperti biasa terutamanya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut beliau lagi, tindakan tersebut juga dilihat bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Jabatan Peguam Negara (AG) yang telah membekukan prosiding atas alasan perundangan yang mana menjadi bukti jelas bahawa AES mempunyai masalah.

"Kami kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang terus berdegil untuk meneruskan sistem yang terbukti mempunyai kelemahan pada musim perayaan yang akan datang. - Hrkh.
Memang betul macam kata peguam KASE tu. Kerajaan cuma pentingkan keuntungan syarikat kroni, slogan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" tu sebenarnya langsung takdak makna, tak lebih dari sekadar selogan untuk memperbodohkan rakyat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...