Peringatan kepada pemimpin PAS. Jangan buat kerja BANGANG | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 03, 2013

Peringatan kepada pemimpin PAS. Jangan buat kerja BANGANG

Kalau dah terpaksa jugak jawab lebih elok jawab "no komen" ataupun "nanti saya nak rujuk dan kaji dulu". Biar nampak tak reti dari buat statement bangang.

Gambar hiasan
Harakahdaily melaporkan:
SERI KEMBANGAN: PAS berada dalam tempoh berpantang selama 90 hari sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13. - Hrkh.  
Orang perempuan kena berpantang selepas bersali tapi orang PAS terutama sekali pemimpin kena berpantang sebelum PRU13. Aku mintak tolong sangat pimpinan PAS tolong jangan buat kenyataan bangang.

Kalau hangpa rasa ada hari tu "hari bangang hangpa" tolong tutup mulut, jangan dok gatai pi jumpa wartawan, kalau boleh keluar rumah pun jangan, kurung diri dalam bilik, baca blog aku lagi bagus dari buat kenyataan bangang yang akan susahkan jentera kat akar umbi nak jawab.

Tambah-tambah untuk pemimpin yang jenis pantang wartawan hulur mikrofon tergedik-gedik nak bercakap. Kalau agak-agak tak berapa statement sesuatu isu atau perkara, jangan la pandai-pandai buat statement.

Kalau tergedik-gedik nak buat statement jugak, tolong buat statement yang lengkap dan lepas dah masak difikir. Kalau dah terpaksa jugak jawab lebih elok jawab "no komen" ataupun "nanti saya nak rujuk dan kaji dulu". Biar nampak tak reti dari bagi statement bangang

Yang paling penting sekali, tolong la jangan jadi bangang sampai bagi kenyataan 'bola tanggung'. Kesian la kat kami yang kat bawah ni yang terpaksa berjawab di kedai kopi.

Kesian la kat muslimat yang hangpa paksa untuk merayu undi dari rumah ke rumah. Nak merayu pun tak sempat, belum bukak mulut nak merayu tapi terpaksa pulak menjawab kenyataan bangang hangpa.

Kalau depa boleh menjawab takpa jugak, kalau depa tak mampu nak menjawab macamana?

Jadinya sebelum buka mulut terutama sekali kalau ada wartawan kaki putar dari media separa porno macam Utusan dan TV3, tolong la ingat-ingatkan kami jentera kat bawah ni terutama sekali jentera perayu undi muslimat.

Tapi kalau ada wartawan yang pandai-pandai tulis sendiri sampai menyusahkan parti nak menjawab, jangan segan-segan saman akhbar tu terutama sekali kalau wartawan utusan, biar bangkrap. Dan kalau menang saman tu tolong jangan makan sorang...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang preju

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...