Setakat ni katanya lebih 300,000 saman dah dikeluarkan. Tu pun baru 14 dari semua 831 kamera AES beroperasi keluarkan saman. Cuba bayangkan kalau semua orang yang kena saman AES ni tak mau bayar kompaun dan pilih untuk dibicarakan, mampu ka mahkamah ka nak tampung?
Aku nak sangat kata bangang kat sapa-sapa yang dah bayar kompound saman AES tu. Tapi rasa tak berapa nak sesuai pasai mungkin yang pilih untuk bayar tu ada sebab-sebab 'syarie'.
Cumanya bila baca catatan macam yang aku kopipes kat bawah ni rasa macam sesuai pulak kalau aku guna perkataan tu.
Catatan pengalaman dari seorang 'mangsa' saman AES yang bersungguh-sungguh nak bayar saman tapi bernasib baik sebab JPJ takmau terima dan dia pun tak perlu pi mahkamah pada tarikh yang tercatat dalam surat saman tu.
Lagi pun PAS melalui Juham dan Lajnah Undang-undang dah bagitau dah, jangan bayar dan lawan dimahkamah, kos guaman percuma tapi tak ramai yang sambut.
Psoting Pengalaman dari seorang Sahabat KASE Sdr Fuad Latip - Terima kasih berkongsi pengalaman...Isunya penting kat sini, kerajaan terpaksa beku kes mahkamah saman AES ni pasai dah banyak sangat kes.
ni kisah benar yang perlu diambil perhatian. Cuma bukti saya lupa untuk rekod.
1.Tengah hari tadi saya ke JPJ Padang Jawa untuk membayar saman AES. Tetapi sudah lepas pada tarikh perlu bayar kompaun. Saya dapat tahu saya kena saman sebab saman AES di hantar ke kampung sedangkan di kampung tiada orang langsung. Posmen pula letakkan surat saman bawah pintu.
2.Di kaunter JPJ, penjaga kaunter-JPJ (PK-JPJ) kata sudah lebih pada tarikh jadi sistem dah tutup untuk Tuan bayar saman. Dia kata perlu datang ke Mahkamah pada 26/12 ikut tarikh surat. Saya kata saya tidak boleh hadir sebab saya perlu ke Oversea urusan kerja.
3.PK-JPJ jumpa bos dan kemudian beri saya no phone pusat perkhidmatan AES (PP-AES)
4.Saya call PP-AES. Saya ceritakan keadaan saya seperti no.1. Sayang kerana saya lupa rekod perbualan telefon ini sedangkan phone saya ada feature ini (Galaxy note 2).
4.1 Jawapanya: En sepatutnya datang ke Mahkamah. Tapi masalah sekarang ini Mahkamah tidak mahu lagi terima kes kerana banyak sangat kes AES ni belum selesai. Jadi mahkamah stop dulu.
4.2 Saya tanya balik: Jadi kalau saya tak datang, saya kena waran tangkap pula.
4.3 Jawapannya: Oh! tak akan kena waran tangkap sebab kalau en datang pun ke mahkamah 26/12 ni, mahkamah stop dulu kes AES ni.
4.4 Jadi apa saya perlu buat? Saya nak bayar kompaun ni (huh semangat)
4.5 En tunggu dulu sistem ini open.
4.6 bila?
4.7 Mungkin sebulan lagi.
4.8 Hmmm kalau camtu saya tunggu je lah ye?
4.9 Ya encik.
5.0 Saya ke kaunter JPJ semula. Saya ceritakan kepada PK-JPJ apa yang saya bincangkan dengan PP-AES tadi. Tapi saya tidak beritahu mahkamah stop kes AES ini kerana banyak kes belum selesai.
5.1 PK-JPJ: Kami memang tak boleh buka sistem ni. Mereka (PP-AES) je boleh. En sepatutnya kena datang mahkamah. Tapi ye lah kan... mahkamah pun dah stop sekarang ini.
5.2 La... kenapa tak kasitau mahkamah dah stop ambil kes?
5.3 Untuk yang dah lepas tarikh kompaun je En. Yang belum kena bayar.
5.4 Oh! kalau ramai tahu, ramai lah tak bayar tunggu tarikh kompaun lepas. Jadi saya kena buat macam mana ni?
5.5 En tunggu je. Kalau sistem buka semula, En akan dapat surat lagi sekali.
5.6 Kalau camtu... saya tunggu je lah.
5.7 Ye Encik.
5.8 Terima kasih.
Jadi terpulang pada tuan-tuan semua. Saya memang TIDAK SENGAJA untuk tidak bayar sebab surat sampai ke kampung.
Sekian terima kasih. - Facebook KASE.
Setakat ni katanya lebih 300,000 saman dah dikeluarkan. Tu pun baru 14 dari semua 831 kamera AES beroperasi keluarkan saman.
Cuba bayangkan kalau semua orang yang kena saman AES ni tak mau bayar kompaun dan pilih untuk dibicarakan, mampu ka mahkamah ka nak tampung?
Kalau jalankan serentak pun berapa ramai? Berapa ramai orang kena saman boleh muat dalam mahkamah dalam satu-satu masa.
Takkan mahkamah nak bersidang di di luar bilik mahkamah kut. Tapi kalau dimasa depan mahkamah nak dakwa ramai sekali gus dan buat keputusan nak bersidang di luar mahkamah, suka aku cadangkan mahkamah bersidang di Dataran Merdeka, tentu happening punya... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis