Punya la banyak isu yang dia boleh main di Parit Buntar ni, isu pocong jugak yang jadi pilihan. Memang sesuai la kalau dibagi gelaran baru, Zambry 'pocong' Kadir.
Sinarharian melaporkan:
TANJUNG PIANDANG - Tidak logik dan keterlaluan! Mungkin itu persepsi timbul apabila kisah tahyul pun dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Sama ada mahu percaya atau sebaliknya, itulah hakikat berlaku di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau.
Barangkali terdesak atau ketandusan strategi berkempen, kisah pelik itu didakwa menjadi pilihan pemimpin Pakaran Rakyat (PR) di kawasan tersebut. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia tidak masuk akal dan amat melucukanRentetan isu berkaitan tu Sinarharian juga melaporkan:
Zambry berkata, beliau difahamkan terdapat wakil rakyat PR menggunakan isu kehadiran pocong berkeliaran bakal memberi impak buruk kepada penduduk.
Menurutnya, dakwaan tersebut adalah gambaran sebenar betapa ceteknya pemikiran pemimpin PR sehinggakan terdesak 'menjual' cerita tahyul turut dimainkan untuk memberi gambaran buruk kepada Kerajaan Negeri. - Ibid.
PARIT BUNTAR - Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) menjadikan isu kewujudan pocong sebagai bahan kempen pilihan raya adalah tidak berasas.Apa la punya bangang punya Menteri Besar. Isu mengarut macam ni pun nak diisukan. Punya la banyak isu yang dia boleh main di Parit Buntar ni, isu pocong jugak yang jadi pilihan. Memang sesuai la kalau dibagi gelaran baru; Zambry 'pocong Kadir.
Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata, kenyataan tersebut adalah cubaan menutup pelbagai kepincangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Parit Buntar dan mengalih perhatian rakyat terhadap isu utama seperti masalah pembinaan Hospital Kerian, masalah pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau dan peralihan sokongan pengundi cina kepada PR.
“Saya percaya beliau terdesak menggunakan apa jua sumber yang dikutip dari ‘tepi longkang’ untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lebih serius yang boleh menjejaskan integriti kepimpinan BN dan kerajaan negeri di Dun Kuala Kurau dan Parit Buntar. - Sinarharian.
Ni semua tekanan terlebih la punya pasai ni. Memang nampaknya tertekan sungguh Menteri Besar haram ni.
Calon pilihan dia nampaknya hampir pasti tak lekat di Parit Buntar. Bukan takat calon pilihan dia tak lekat, dia sendiri pun nampak dah jadi macam bola, kena tendang sana sini.
Nak buat macamana dia bukan kem Najib. Tentu punya kem Najib nak pastikan dia ni disingkir, paling kurang pun dari kerusi negeri supaya takdak peluang untuk jadi Menteri besar lagi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis