Filem yang semua orang patut tengok | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 04, 2013

Filem yang semua orang patut tengok

Aku jarang sangat tulis pasai filem. Setakat yang aku ingat cuma dua kali kut aku ada posting pasai filem. 

Yang pertama pasai filem Indonesia yang bertajuk "Alangkah lucunya negeri ini". Satu filem masyarakat yang bagi aku cukup unik yang mengisahkan mengenai isu pencopet dari kacamata seorang sarjana management. Aku boleh ulang 3 kali tengok dalam minggu tu.

Yang kedua posting mengenai filem pendek "Gua ikut enta" yang Dewan Pemuda PAS buat untuk mempromosikan program "Ijtima Tarbawi". Bukan bagus sangat pun filem pendek tu tapi aku sokong pasai 'keberanian' DPP untuk cuba buat sesuatu yang baru dan berusaha 'mendefinasikan' 'hiburan' versi PAS.
Kali ni aku nak promote satu lagi filem pendek yang aku rasa sangat-sangat perlu ditonton oleh semua orang kononnya mengaku peduli pasai masalah negara.

Aku malas nak ulas apa-apa, hangpa tengok sendiri dan hangpa nilai sendiri mesej yang pengarah filem ni nak sampaikan. Sekali lagi aku nak ulang, filem ni sangat-sangat perlu ditonton oleh semua orang kononnya cintakan negara.


M-C-M’: Utopia Milik Siapa?
Pengarah: Boon Kia Meng
Penerbit: KOMAS
Krew produksi: Ihsan Hassan, Andrew Ng Yew Han, James Tan Chin Choy, Nandakumar S. Haridas, Evelyn Teh, Javs Tiz, Natasha N. Manan
Tahun: 2012

Sekali lagi aku nak ulang, filem ni sangat-sangat perlu ditonton oleh semua orang kononnya peduli pasai masalah negara. 36minit 45saat yang bagi aku cukup berbaloi.

Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...