Kalau Pengerusi SPR ni menjiwai semangat Perlembagaan artikel 114(2) bukan takat menasihati malah dia sepatutnya mengarahkan Timbalan Pengerusi SPR Negeri Sabah merangkap Ketua Penerangan Pemuda Umno Kinabatangan tu supaya letak jawatan.
Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menasihatkan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah untuk meletakkan jawatan ekoran penglibatannya dalam parti politik dan turut memegang jawatan penting dalam organisasi berkenaan.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa pegawai-pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik dan memegang jawatan. - SinarHarian.
Betul la macam aku tulis sebelum ni:
Tapi bila difikir balik, memang pun selama ni SPR tak pernah ambil peduli pasai Perkara 114(2) ni. Dan atas sebab inilah jugak cukup kerap anggota SPR berakzi macam 'si anjing Umno'. - IbidKalau Pengerusi SPR ni menjiwai semangat Perlembagaan artikel 114(2) bukan takat menasihati malah dia sepatutnya mengarahkan Timbalan Pengerusi SPR Negeri Sabah merangkap Ketua Penerangan Pemuda Umno Kinabatangan tu supaya letak jawatan.
Cuma dengan perletakan jawatan saja boleh membersihkan balik imej SPR tu.
Sinarharian juga melaporkan:
Sehubungan itu kata Aziz, pihaknya akan mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut garis panduan dan perundangan yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
"Kita kena lihat lah apa sebenarnya (kes ini). Kita kena lihat betul-betul, jangan silap ambil tindakan kepada pegawai kerajaan, dia boleh bawa kita ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
"Saya baru difahamkan dia ini pegawai. Bila pegawai dia tidak boleh aktif dalam parti-parti politik, maknanya tidak boleh memegang jawatanlah.Bila dah heboh isu ni baru sibuk nak siasat padahal semalam sungguh-sungguh bela Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan tu atas alasan “Itu hak demokrasi,”
"Dalam kes seperti ini kita akan lihat secara terperinci apa sebenarnya yang terjadi kepada pegawai berkenaan dan kita akan siasat dulu," jelas Aziz. - Ibid.
Aksi ni menggambarkan tara mana tak berkecualinya Pengerusi SPR ni, sentiasa saja prejudis dan anggap Pakatan Rakyat sebagai musuh padahal sepatutnya SPR kena layan BN dan PK sama rata, sebagai pelanggan SPR.
Aksi-aksi macam ni la yang merelevankan Himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 dan yang akan datang Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis