Lagi jawapan BANGANG lagi CELAKA dari SPR 'si anjing Umno'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 11, 2012

Lagi jawapan BANGANG lagi CELAKA dari SPR 'si anjing Umno'?

Cuba bayangkan apa aksi yang boleh timbalan pengarah SPR negeri buat. Tambah-tambah dia mengetuai bahagian operasi yang di bawah kuasa dia Unit Pendaftaran dan Unit Persempadanan. Kalau takat nak masukkan pengundi hantu aku rasa takdak masalah langsung kut.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 11 Dis — Pemuda PAS melahirkan rasa tidak puas hati di atas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan bertegas badan tersebut perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Namun, ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, apabila disoal oleh The Malaysian Insider, gagal memberikan bukti untuk menyokong dakwaan pegawai itu terlibat dalam salahguna kuasa memihak. - TMI
Juga dilaporkan:
Sebelum itu, Lahirul mendedahkan nama pegawai tersebut yang merupakan timbalan pengarah SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang memegang jawatan ketua penerangan Umno bahagian Kinabatangan (No ahli 03657122). - Ibid.
Semalam MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak demokrasi untuk menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh memihak semasa menjalankan tugas, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Tidak salah untuk mana-mana pegawai SPR menyertai parti politik. Tidak kisahlah sama ada menyertai PAS, PKR ataupun Umno. - TMI.
Dah agak lama jugak aku tak dengar jawapan BANGANG dari pengerusi SPR ni. Kali ni bukan setakat BANGANG tapi mungkin dah nak masuk tahap CELAKA.

SPR bukan saja bebas tapi kena dilihat bebas dan yang lebih penting lagi perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM. Pasai tu dalam Perlembagaan tercatat Perkara 114(2) tertulis
Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang
mendapat kepercayaan awam. - Perlembagaan
Tak mungkin SPR boleh dapat kepercayaan awam kalau sampai tahap seorang yang berpangkat timbalan pengarah SPR negeri dalam masa yang sama boleh pegang jawatan ketua penerangan Umno bahagian.

Cuba bayangkan apa aksi yang boleh timbalan pengarah SPR negeri buat. Tambah-tambah dia mengetuai bahagian operasi yang dibawah dia terletak Unit Pendaftaran dan Unit Persempadanan.

[Sumber: SPR Sabah]

Kalau takat nak masukkan pengundi hantu aku rasa takdak masalah langsung kut. Macam tu jugak masa nak buat persempadanan semula, tentu la keuntungan untuk Umno BN jadi asas utama masa buat persempadanan. Takkan kut kakitangan di bawah dia berani nak lawan arahan dia.

Kalau ketua penerangan Umno bahagian ni diarahkan beraksi macam 'si anjing Umno' oleh parti, aku yakin belum habih arahan lagi dia dah mula beraksi.

Paling kurang pun, aku yakin  timbalan pengarah SPR negeri takkan berani buat keputusan yang merugikan parti dia walaupun terpaksa menyalahgunakan kuasa.

Kalau ada apa-apa hal, tentu senang-senang dia boleh kambinghitamkan kakitangan di bawah dia. Dan tentu punya Umno akan bela dia pasai dia ketua penerangan Umno bahagian.

Tapi bila difikir balik, memang pun selama ni SPR tak pernah ambil peduli pasai Perkara 114(2) ni. Dan atas sebab inilah jugak cukup kerap anggota SPR berakzi macam 'si anjing Umno'.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...