Berita Gempar!!! Kadir Sheikh Fadzir bakal bertanding atas tiket PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 12, 2012

Berita Gempar!!! Kadir Sheikh Fadzir bakal bertanding atas tiket PAS?

Yang aku mushkilnya, bila timbul nama Kadir Sheikh Fadzir pun akan jadi calon atas tiket PAS jugak. Persoalannya, layak ka Kadir Syeikh Fadzil ni nak bertanding atas tiket PAS?

Harakahdaily pada bulan lepas ada melaporkan:
KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu akan ada di kalangan calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti yang bukan dari cadangan mana-mana cawangan, kawasan mahupun negeri.

Sebaliknya, calon-calon ini adalah pilihan pimpinan tertinggi parti yang merasakan perlu untuk mereka bertanding atas faktor tertentu. - Harakah
Juga dilaporkan:
"Ada juga individu yang tidak dicadangkan oleh parti sama ada oleh cawangan, kawasan atau negeri, tetapi pimpinan merasakan perlu orang-orang tertentu ini diberi tempat bertanding dalam PAS, tapi jumlahnya tak ramai.

"Ini kerana mereka mungkin ada pengaruh di kalangan masyarakat dan penyertaan mereka sebagai calon akan memberi nilai tambah sokongan rakyat kepada PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap menggulung ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS semalam. - Ibid.
Sebelum ni, heboh pasai kemelut di Larut bila diumumkan Fauzi Shaari yang akan jadi calon PAS di sana. Walaupun aku tak berapa nak setuju dengan calon jenis 'payung terjun' ni, tapi kira ok jugak la kut. Nampak jugak la faktor ' nilai tambah' tu.

Selain dari berjawatan besar sebelum pencen dari PDRM, Fauzi Shaari tu memang dilahirkan dan dibesarkan di Larut dan katanya faktor adik-beradik dia yang ramai kat situ memang boleh bagi kesan besar.

Yang aku mushkilnya, bila timbul nama Kadir Sheikh Fadzir pun akan jadi calon atas tiket PAS jugak. Dan kalau ikut sumber maklumat yang aku dapat dia bukannya akan bertanding di parlimen Kulim Bandar Baharu, tempat dia berkubang masa dalam Um. Lagi pun dengar ceritanya Saifuddin Nasution akan bertanding di Kulim Bandar Baharu.

Yang lebih aku mushkilnya, layak ka Kadir Syeikh Fadzil ni nak bertanding atas tiket PAS?

Aku takut nanti, untung secupak tapi rugi segantang!!!


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...