Dakwaan Hj Mahfuz tu pada aku cukup berat dan boleh dianggap sebagai tindakan kamikaze oleh Hj Mahfuz. Ingat ringan ka tuduh orang lain buat kerja 'jual' keselamatan negara dan kalau tuduhan tu palsu senang-senang depa boleh ambil tindakan undang-undang ke atas Mahfuz.
Tak cukup dengan dakwaan tu, Hj Mahfuz juga gesa supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk betul-betul siasat isu tu supaya takdak yang jadi pengkhianat negara.
Cuma yang kita mushkil, walaupun dituduh sampai macam tu, pemimpin kerajaan masih buat tak layan dan setakat ni aku tak jumpa lagi komen dari Peguam Negara atau Ketua Polis Negara pasai dakwaan Hj Mahfuz tu.
Yang ada pun cuma penafian 2 dari penama yang Hj Mahfuz dedahkan, Wan Ahmad Wan Omar Timbalan Pengerusi SPR dan juga Mohamed Thajudin Abdul Wahab Setiausaha Majlis Keselamatan Negara. Tu pun cuma setakat tu saja, lepas penafian tu semua diam seribu bahasa.
Mungkin depa diam seribu bahasa tu pasai memang betul ujud taks force tu. Depa takut kalau depa komen akan tolong hangatkan lagi isu tu dan akan banyak lagi maklumat rahsia pasai task force tu akan keluar.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 13 April: Sikap mendiamkan diri Umno terhadap dakwaan wujudnya 'task force' bagi memberi taraf kerakyatan kepada warga asing memperkukuhkan lagi hujah dan alasan yang diberikan sebelum ini.BTW, teringin juga aku nak tanya kat Hj Mahfuz, apa cerita dengan gerakan Anti Pemalsuan IC (API), kalau boleh gerakkan macam Kempen Anti Saman Ekor (KASE) hari tu, biar sampai depa terpaksa mengalah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar atas) yang mendedahkan konspirasi itu minggu lalu percaya Umno mengambil langkah tidak melayan dakwaannya itu dibimbangi 'memakan diri mereka sendiri'.
"Saya percaya jika kerajaan Umno BN layan dakwaan saya, ia akan menjadi malapetaka besar kepada Umno BN dan akan menjadi 'api membakar diri mereka sendiri'," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, sikap membisu kerajaan itu sekali gus mewajarkan Yang DiPertuan Agong perlu membentuk Suruhanjaya Diraja dengan segera bagi meneliti dakwaannya itu.
"Sikap diam diri ini juga memperkukuhkan cadangan yang telah dibuat oleh PSC dalam laporan awal di mana mencadangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kes yang sama di peringkat negeri Sabah.
"Sekarang ini bukan lagi menjadi isu yang terpencil di Sabah tetapi isu nasional," katanya.
Pendedahan wujudnya 'task force' oleh Ahli Parlimen Pokok Sena itu seharusnya dipandang serius oleh kerajaan.
Namun, selepas seminggu ianya didedahkan, sehingga kini kerajaan belum memberi sebarang respons terhadap dakwaan Mahfuz itu.
Mahfuz juga, bersedia mendedahkan butiran terperinci dakwaannya itu kepada Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk nanti. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis