Salahuddin pun yakin PR tak boleh tawan Johor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 14, 2012

Salahuddin pun yakin PR tak boleh tawan Johor?

Salahuddin Ayub
Kemarin aku chat dengan sorang member, orang Muar tapi duduk di Kuala Lumpur. Member ni tak berapa setuju dengan beberapa posting aku yang dia kata terlalu sangat angkat Salahuddin di Johor.

Member tu kata cara aku tulis macam tu langsung tak membantu malah mungkin boleh jadi backfire untuk Salahuddin di Johor.

Member tu bagitau, kalau ikut pemerhatian dia tak mungkin Pakatan Rakyat mampu tawan Johor. Kalau setakat nak tambah beberapa kerusi mungkin kut boleh tapi untuk tumbangkan Umno BN memang mustahil.

Member tu juga bagitau Salahuddin Ayub sendiri pun tak yakin yang Pakatan Rakyat boleh tawan Johor atau lebih tepat lagi member tu kata Salahuddin sendiri cukup yakin Pakatan Rakyat takkan mampu tumbangkan Umno BN di Johor dalam PRU13 nanti.

Malah member tu bagitau, Salahuddin sendiri semacam dah menzahirkan rasa tak yakin atau yakin dia tu macam yang dilaporkan Malaysiakini.

[Sumber: Mkini]
Aku sebenarnya malas nak berbahas dengan member tu, lagi pun aku kenal member tu gitu-gitu ja. Saja aku tulis kat sini muqaddimah macam yang kat atas tu pasai aku nak jawab soalan dia yang aku malas nak jawab kemarin.

Dia tanya aku, aku percaya ka yang Pakatan Rakyat mampu tumbangkan Umno BN di Johor. Jawapan aku "Tobat lahum aku tak percaya".

Cumanya, suka aku nak ulang soalan yang cukup popular, masa sebelum PRU12 sapa sangka Umno BN boleh tumbang di Perak? Dan satu lagi soalan tambahan, apa isu besar yang ada di Perak masa tu?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...