Task force MyKad: Mahfuz buat tindakan kamikaze? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 05, 2012

Task force MyKad: Mahfuz buat tindakan kamikaze?

Mahfuz dan Wan Ahmad SPR
Sungguh, aku cukup terkejut bila baca kenyataan 'gila' yang Mahfuz buat kelmarin dulu. Macam yang dilaporkan  Harakahdaily, Mahfuz dedahkan ada satu task force khas yang buat kerja CELAKA bagi MyKad kepada pendatang asing dan daftarkan depa sebagai pengundi.

Aku kata tu 'kerja gila' pasai Hj Mahfuz siap namakan individu-individu yang terlibat dalam task force tu termasuk Wan Ahmad Wan Omar Timbalan Pengerusi SPR, Osman Razak Penasihat Khas PM, Jariah Ketua Pengarah JPN bersama beberapa pegawai JPN.

Aku harap Hj Mahfuz ada cukup bukti yang benar-benar kukuh yang boleh dikemukakan di mahkamah nanti, pasainya dakwaan dia tu sangat-sangat berat dan aku yakin dia akan diseret ke mahkamah kalau pun tak ditahan di bawah ISA atau yang sewaktu dengannya.
Bab kerja CELAKA bagi MyKad kepada pendatang asing dan daftarkan depa sebagai pengundi tu aku pun yakin memang ujud tapi sampai tahap menamakan individu-individu yang terlibat dalam satu task force tu satu tindakan yang sangat-sangat berani.

Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Hrkh]
Taktau la pulak kalau Hj Mahfuz nak buat tindakan macam yang tentera jepun buat masa lawan dengan tentera bersekutu masa perang dunia ke dua dulu, buat tindakan kamikaze.

Kalau betul Hj Mahfuz buat tindakan kamikaze, memang dahsyat la, jauh la lebih dahsyat kalau nak dibandingkan tindakan kamikaze Ir Phahrolrazi di Kedah dalam kemelut isu Exco sebelum ni.

Hari ni Malaysiakini melaporkan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR menafikan tuduhan tu:

[Sukmber: Mkini]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...