Kalau tengok kepada cara kerja Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang Mahfuz pernah gerakkan sebelum ni, aku yakin API ni pun boleh membuahkan hasil.
Kalau tengok pulak kepada komen-komen individu-individu yang Mahfuz dah namakan sebelum ni, nampak memang ujud 'ketakutan'.
Dan memang kena pada tempatnya bila Mahfuz gesa ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat isu ni pasai isu ni cukup besar yang melibatkan soal keselamatan negara dan yang dituduh terlibat pulak adalah penjawat jawatan yang cukup kritikal dalam soal keselamatan negara.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 6 April: Perbuatan memalsukan kerakyatan pendatang asing adalah pengkhianatan yang membahayakan keselamatan dan keamanan negara, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).Berkaitan
"Yang lebih jijik ialah pengkhianatan itu dilakukan oleh parti yang memerintah kerana pembangkang tidak mungkin dapat melakukan perkara itu," katanya.
Serentak dengan itu, beliau mengajak parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini menyertai gerakan Anti Pemalsuan IC (API) bagi menentang pengkhianatan yang dilihat sebagai usaha terdesak untuk mengekalkan cengkaman kuasa Umno ke atas negara ini.
"Saya menggesa semua parti politik dan NGO di seluruh negara yang mahu menyelamatkan negara ini dari ancaman pengkhianatan yang dilihat umum sebagai didalangi oleh Umno itu supaya menyertai PAS dan Pakatan Rakyat menggerakkan API.
"Saya menggesa semua parti politik dan NGO termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasok. Momogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)," katanya.
Dengan penyertaan pelbagai pihak di dalam API, Mahfuz yakin usaha menyelamatkan negara dari ancaman pengkhianatan tersebut. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis