Jom pasang bendera PAS di semua stesyen komuter!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 13, 2012

Jom pasang bendera PAS di semua stesyen komuter!!!

Tah apa BANGANG punya bekas Menteri kerja Raya sorang ni boleh bagi kebenaran bangang macam tu.

Kalau tertekan sangat, tak payah la sampai macam tu sekali, nampak sangat BANGANGnya.

Tapi nak heran apa, orang bila dah tersepit dan memang jenis kulit muka tebal macam kulit badak sumbu, bagi alasan macamana pun depa tak kisah, puak-puak jenis ni bukan tau malu.

Aku malas nak ulas berkenaan alasan BANGANG lagi LAWAK Mohd Zin tu. Aku cuma nak seru kepada jentera PAS supaya ambil kesempatan ni. Kalau bendera BN boleh berkibar kat stesyen komuter takkan kita tak teringin nak tengok bendera PAS pun berkibar kat situ.
Malaysiakini melaporkan:
EKSKLUSIF Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi.

Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.

Menurut sumber, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api.

Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera lain nak naikkan pun tak jadi masalah. Asalkan tak ganggu keselamatan.

"Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya.

Mohd Zin berkata, jika benar, ia mungkin kerana ada pihak kasihan kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor dan mengalami kesukaran menaikkan bendera di kawasan awam. - Ibid.
Apa pun, aku yakin lepas ni akan keluar satu arahan lain yang akan counter balik kebenaran lisan macam ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...