Pagi tadi (1 Mac) dari jam 10pagi - 11pagi Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor dan peguam telah berada di JPJ Wangsa Maju untuk melihat penyelarasan baru kadar kompaun kesalahan trafik yang berkuatkuasa 1 Mac dan memberi khidmat nasihat kepada mereka yang terlibat yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan mereka dan menerangkan tentang isu-isu berkaitan Kempen Anti Saman Ekor.
Sila klik di sini untuk mengetahui dengan jelas hak anda berkenaan isu ini dan di sini untuk bersama kempen ini juga untuk sebarang bantuan.
KASE AKAN MEMBANTU LEBIHKURANG 4 JUTA PENGGUNA YANG TERLIBAT DENGAN SAMAN EKOR DAN TIDAK DAPAT MEMPERBAHARUI CUKAI JALAN.
"Selepas 28/2/2011 senarai hitam akan kembali dikuatkuasakan sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesalahan dan tiada saman ke mahkamah".
"memberi kuasa kepada JPJ/PDRM memasuki mana-mana jalan termasuk jalan persendirian untuk menguatkuasakan Akta ini"
"Abang tak payah bayar pun tak apa, lupus saja yang lama tu" mungkin itu yang dikatakan oleh Tuan Zul Hazmi dari KASE.
"Saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada anda sejurus selepas kesalahan dilakukan"
Mengapa?
Ada kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunakan no pendaftaranpalsu yang menyamai no pendaftaran kenderaan anda!".
"Anda tidak perlu membuat carian online di PDRM atau JPJ jika tidak menerima SAMAN EKOR."
Mengapa?
"Pihak berkuasa perlu menyerahkan sendiri apa-apa notis kepada anda."
"Anda sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku kesalahan"
Mengapa?
"ini adalah kerana SAMAN EKOR hanyalah NOTIS meminta maklumat".
Baca seterusnya di blog Ummu Asiah
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis