PAS jangan tamak, PKR jangan kedekut!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 27, 2012

PAS jangan tamak, PKR jangan kedekut!!!


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

"Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP," kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS hanya bertanding satu kerusi parlimen di Sarawak iaitu Batang Lupar dan hanya dua kerusi Dun di Sabah. - Hrkh.   
Suka aku nak ungkapkan balik frasa yang dipopularkan oleh TG Nik Aziz satu masa dulu. Masa tu KeAdilan baru setahun jagung. Demi setiakawan dan untuk memujuk hati para penyokong PAS, TG Nik Aziz keluarkan satu ayat yang banyak meredakan keadaan'

"Kita mestilah bersikap tidak terlalu kedekut dan mereka jangan pula terlalu tamak. Tolak ansur mesti ada,"

Masa tu masa PAS kena, sekarang ni depa pulak la yang kena.

Dan dalam kes kerusi Sabah dan Sarawak ni, PAS betul-betul gunakan konsep tak tamak.

Harakahdaily juga melaporkan:
Namun begitu, di Sarawak terdapat 10 kerusi yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan dan sebahagiannya di menangi oleh calon BN tanpa bertanding.

Kerusi-kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN adalah Tanjung Manis, Igan, Selangau, Kapit dan Kanawit.

Kerusi-kerusi yang hanya ditandingi oleh calon bebas pula adalah Lubok Antu, Mukah, Ulu Rajang, Baram dan Sri Aman.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, sehingga kini PAS sudah sah bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi di Sarawak berdasarkan kerusi tradisi.

Namun sehingga kini, 10 kerusi yang ditandingi calon bebas dan dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN belum ditentukan lagi parti mana yang akan bertanding. - Ibid.
PAS tak tamak pasai PAS nak kerusi yang takdak tuan lagi tu, yang masa PRU yang lepas calon BN menang tanpa bertaanding pasai takdak sapa sanggup nak lawan ataupun cuma calon bebas saja yang lawan.

Kalau ada pun kerusi yang dah ada tuan, PAS minta dengan alasan dan hujjah yang cukup kuat pasai apa calon dari PAS yang patut bertanding dan disertakan sekali dengan blueprint termasuk mengemukakan perkara-perkara yang telah, sedang dan akan dibuat untuk pastikan kerusi tu dimenangi oleh bakal calon PAS.

Lagi satu aku harap, parti PKR terutama sekali, jangan berlagak sangat masa perbincangan pembahagian kerusi ni. Suka aku nak ingatkan ucapan pemimpin PKR selepas PKR kalah teruk masa pilihanraya negeri Sawarak tahun lepas macam yang dipetik Malaysiakini:
Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon.

"Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu. - Ibid.
Dibawah ni aku salin tampal laporan yang mengulas ucapan TG Nik Aziz tu.
Mursyidul Am beri panduan tentang pembahagian kerusi

KUALA LUMPUR: Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat memberikan panduan kepada ahli PAS dalam soal pembahagian kerusi dengan parti-parti alternatif yang lain.

"Kita mestilah bersikap tidak terlalu kedekut dan mereka jangan pula terlalu tamak. Tolak ansur mesti ada," kata Tuan Guru ketika berucap di hari akhir Muktamar Tahunan PAS ke-45 baru-baru ini.

"Macam kita menyerahkan anak gadis kita kepada menantu dan besan kita. Kita pandang wajah besan dan menantu kita, mereka nampaknya ikhlas dan jujur maka lega hati kita. Kita pesan menantu dan besan kita itu supaya jaga anak kita itu baik kerana ini adalah amanah," kata Tuan Guru lagi.

Menurut beliau lagi, dalam pembahagian kerusi ini, kita (PAS) jangan kedekut sangat dan mereka (rakan pembangkang lain) jangan tamak sangat pula.

Katanya, Umno kini cukup cemas dengan persefahaman kita ini. Umno seperti lelaki tua yang bertongkat kiri kanan (MCA, MIC). "Tentu mereka gelabah apabila kita mau ambil tongkat mereka," kata Tuan Guru.

Dulu, katanya, PAS bertanding sendirian, tetapi kini kita kenalah bekerjasama dengan pembangkang yang lain untuk kebaikan bersama.

"KITA JANGAN KEDEKUT, MEREKA JANGAN TAMAK"
- partipas.tripob.com
Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...