Tara mana sebenarnya kesan pemecatan Dr. Hasan Ali kepada PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 26, 2012

Tara mana sebenarnya kesan pemecatan Dr. Hasan Ali kepada PRU13?


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melalui satu tinjauan yang dijalankan mendapati tindakan PAS memecat keahlian Dr Hasan Ali hanya memberi kesan minimum di kalangan masyarakat Melayu.

Pengarah Operasinya, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, tinjauan tersebut telah menggunakan dua kaedah iaitu dengan menilai komen-komen pembaca terhadap isu pemecatan ini sebagaimana yang dipaparkan oleh media-media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube.

Manakala keduanya, dengan melakukan wawancara terhadap responden-responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen seluruh negara.

Menurutnya, hasil penilaian mendapati 85 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysiakini dan 67 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan, manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya tidak pasti. - TMI.
Memang pun, kalau ikut pemerhatian rambang aku ke atas ahli dan penyokong PAS di Kawasan Parit Buntar ni pun, memang rata-ratanya terima keputusan pemecatan Dr. Hasan Ali tu.

Walaupun Dr. Hasan pernah jadi Ahli Parlimen Parit Buntar sepenggal, tapi nampaknya pengaruh dia tak cukup kuat tarik penyokong PAS di Parit Buntar untuk bersama dengan dia. Depa-depa ni lebih kepada bersimpati kepada Dr. Hasan Ali, heran pasai apa dia boleh jadi sampai lagu tu.

Nampaknya penjelasan yang PAS buat terutama sekali melalui Harakah cetak memang sampai. Untuk yang ada akses kepada media alternatif langsung tak nampak kesan negatif. Walaupun dah beberapa kali Dr. Hasan masuk TV buat penjelasan, nampaknya takdak bagi kesan.

Setakat yang aku sembang langsung takdak sorang pun ahli dan penyokong PAS yang membantah atau tak setuju dengan tindakan PAS Pusat tu, malah aku pulak yang kena 'belasah' bila konon-kononnya cuba nak provoke depa.

Apa pun, rata-rata bagi pandangan tindakan PAS pecat Dr. Hasan Ali akan bagi kesan yang agak besar kepada usaha jentera PAS nak tarik penyokong dan pengundi Umno sebelum ni untuk beralih sokong PAS. Untuk pengundi atas pagar pun depa rasa akan bagi masaalah sikit.

Maksud aku untuk kawasan macam Parit Buntar, aku tak berapa risau sangat pasainya dengan majoriti yang agak besar PRU lepas, calon PAS mungkin tak berapa memerlukan undi dari penyokong BN. Cukup kalau calon PAS dapat kekalkan sokongan ahli dan penyokong PAS dan ditambah dengan sebahagian dari pengundi atas pagar yang memang dah mengundi calon PAS masa PRU12 dulu.

Bukan maksud aku kerja mudah, dengan beberapa isu tempatan, kerja tu taklah semudah yang mungkin ramai orang luar sangka, tapi kalau betul-betul buat kerja, insyaallah kemenangan memang boleh dikekalkan.

Cumanya, untuk kawasan-kawasan lain yang memang memerlukan undi dari penyokong/pengundi calon Umno sebelum ni, mungkin akan berdepan masalah dengan isu pemecatan DR. Hasan Ali ni. Bukan kerja senang nak terangkan kepada penyokong Umno BN pasai apa PAS sampai pecat Dr. Hasan Ali, seorang nama besar dalam PAS sebelum ni, bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor sebelum dipecat.

Maksud aku nak kena bagi clear isu tu dulu baru kot boleh nak masuk jarum kempen supaya depa undi PAS untuk PRU13 nanti.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...