Patut pun depa bagi PAS 5 kerusi di PRN Sarawak... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 31, 2011

Patut pun depa bagi PAS 5 kerusi di PRN Sarawak...

Hmetro melaporkan: 
KUCHING: Saingan belum bermula, namun Pas seolah-olah sudah mengangkat bendera putih apabila mengakui hanya keajaiban saja mampu membuatkan parti itu menang dua daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada pilihan raya negeri, 16 April depan.

Dua DUN yang menjadi harapan itu ialah Muara Tuang dan Tanjung Datu, manakala saingan hebat dijangka menjadi halangan bagi mencapai kemenangan di Senadin, Subuyau dan Beting Maro.

Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid berkata, parti itu diamanahkan pakatan pembangkang untuk bertanding di lima daripada keseluruhan 71 kerusi DUN.

Namun, beliau berkata, parti itu mengakui menghadapi kesukaran bagi memenangi kerusi diamanahkan itu, khususnya di Muara Tuang dan Tanjung Datu kerana perlu berdepan dengan dua situasi berbeza bagi menghadapi calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kedua-dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, Pas mengakui perlu berusaha berkali ganda di Muara Tuang berikutan kehadiran lebih 2,000 pengundi pos di DUN berkenaan, sekali gus beranggapan BN memiliki peluang cerah memenanginya.

“Di Muara Tuang, BN ibarat sudah berlari sejauh 200 meter, tetapi kami masih di garisan permulaan berdasarkan jumlah undi pos di DUN berkenaan, sudah tentu menjadi penyelamat kepada BN untuk mempertahankan kerusi itu - HMetro
PAS sebenarnya dah lama buat kerja untuk bertanding di 3 DUN di Sarawak iaitu Senadin, Subuyau dan Beting Maro. Terutama sekali lepas PRU12 memang selalu sangat pimpinan dan jentera PAS dari semenanjung bertandang ke Sarawak untuk membantu menyusun gerakerja kat sana.

Terutama sekali di Subuyau dan Beting Maro, PAS memang bersungguh-sungguh buat kerja untuk bertanding dan menang kat sana.

Kalau tengok keputusan kat bawah ni, PAS memang ada peluang yang cerah di Beting Maro. Ditambah pulak dengan suku Melayu Melanau sekitar 90 peratus dari jumlah pengundi, insyaallah PAS ada peluang besar untuk hantar wakil ke sidang DUN Sarawak kali ni.

Di Sebuyau dan Senadin pulak, sambutan kepada PAS memang diluar jangkaan dan memberangsangkan. Penerimaan masyarakat tempatan kepada PAS semakin bertambah baik. Tak mustahil calon PAS boleh buat kejutan di 2 kerusi ni.

Dengan persediaan yang lebih rapi untuk pilihanraya kali ni dan bantuan dari PAS Sabah terutamanya dan jugak dari Semenanjung, PAS bukan sekadar nak 'memperkenalkan diri' lagi di Sarawak tapi PAS bertanding kali ini untuk menang.

Keputusan PRN 2006

N24 BETING MARO
Bolhassan Di @ Ahmad Di (menang) BN PBB 2,796
Alem Din PAS 1,901
Majoriti 895
Peratus Undi 65
Undi Rosak 45


N22 SEBUYAU
Haji Julaihi Haji Narawi (BN-PBB) (menang) BN PBB 3,748
Mohamad Akek PKR 1,300
Majoriti 2,448
Peratus Undi 68
Undi Rosak 86

N65 SENADIN
Lee Kim Shin (menang) BN SUPP 7,173
Chai Chook Fui PKR 2,374
Majoriti 4,799
Peratus Undi 57.74
Undi Rosak 127

N15 MUARA TUANG
Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (menang) BN PBB 7,863
Abang Ibrahim Abang Othman PKR 1,536
Jong Nyuk Chan Bebas/IND 415
Majoriti 6,327
Peratus Undi 73
Undi Rosak 195

N3 TANJONG DATU
Datuk Seri Adnan Satem (menang) BN PBB 4,545
Sobey Daud PKR 409
Larry Dominic Linang Bebas/IND 35
Majoriti 4,136
Peratus Undi 67
Undi Rosak 66

Kalau tengok keputusan 2006 tu, pahamlah kita pasai apa PAS dibagi tambahan kerusi di Muara Tuang dan Tanjong Datu. Kalau di Muara Tuang BN dah ada undii 'fixed deposit' 2000 undi Pos, di Tanjong Datu pulak Adnan Satim dapat hampir 90% undi dari yang keluar mengundi. Memang 2 kerusi ni kerusi maut.

Apa pun, tak mustahil PAS boleh buat kejutan di  Muara Tuang dan Tanjong Datu. Sama macam masa PRN 2006, ramai yang jangka PAS akan hilang deposit di Beting Maro tapi keputusannya, calon PAS cuma kalah dengan majoriti 895 undi.

Akhir sekali aku nak ingatkan bagi yang mungkin silap perasan, perasan macam majoriti 895 undi tu kecik. Majoriti 895 undi di Beting Maro tu sebenarnya tak kecik mana. 895 undi tu sebenarnya bersamaan 12% dari jumlah pengundi atau 15% dari jumlah yang keluar mengundi, satu angka yang relatifnya besar.

Kalau berdasarkan jumlah pengundi di tempat aku Dun Titi Serong, 12% tu bersamaan dengan 2,896 undi. Kerusi Dun Titi Serong pun PAS menang dengan majoriti cuma 1149 undi, kalau ikut pengundi di Beting Maro majoriti tu cuma 344 undi.

Apa pun, aku sokong 100% usaha Wak Banjari buka tabung untuk bloggers ke Sarawak.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...