PAS Sarawak mintak 4, depa nak bagi 5? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 28, 2011

PAS Sarawak mintak 4, depa nak bagi 5?

Malaysiakini melaporkan:  
PAS Sarawak kini sudah mengenalpasti empat kerusi parlimen yang mahu ditandingi mereka dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
 
Setiausaha PAS negeri Fidzuan Zaidi berkata, kerusi tersebut adalah Petrajaya, Bintulu, Batang Lupar dan Miri.

"Subjek itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat negeri itu terlebih dahulu sebelum dimajukan ke peringkat pusat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. - Hrkh.

Dalam pilihan raya negeri yang berlangsung April lalu, PAS bertanding di lima kerusi DUN. Walaupun memperoleh pertambahan undi berbanding pilihan raya pada 2006, parti itu bagaimanapun tewas di semua tempat. - Mkini.   
Dalam pilihanraya umum 2008 PAS cuma bertanding 1 kerusi parlimen saja iaitu di Batang Lupar dan kalah dengan majoriti 8,092 undi.

P201 BATANG LUPAR (PRU2008)
Jumlah Pengundi: 22,417
Peratusan Kaum: M: 72% C: 4% I: % B/Sab: % B/Swk: 24% L: % 
1. Datuk Rohani Abdul Karim (BN) (11,015) 
2. Abang Edi Elyani Abang Fauzi (Pas) (2,923)
3. Ali Semsu (Bebas) (250) 
Majoriti: 8,092
Jumlah undi: 14,381
Peratus mengundi: 64.15%
Undi rosak: 193
Penyandang: Datuk Rohani Abdul Karim (BN)
(Majoriti: )
Menang tanpa bertanding

Lagi 3 kerusi yang PAS berminat nak bertanding tu, 2 kerusi DAP dan 1 kerusi PKR. bAgak-agak depa nak bagi dak?

P194 PETRA JAYA (PRU2008)
Jumlah Pengundi: 40,533
Peratusan Kaum: M: 81% C: 12% I: % B/Sab: % B/Swk: 7% L: % 
1. Fadillah Yusof (BN) (19,515) 
2. Mohamad Jolhi (PKR) (5,118) 
Majoriti: 14,397
Jumlah undi: 24,896
Peratus mengundi: 61.42%
Undi rosak: 263
Penyandang: Fadillah Yusof (BN)
(Majoriti: 12,816 undi)

P217 BINTULU (PRU2008)
Jumlah Pengundi: 50,404
Peratusan Kaum: M: 24% C: 27% I: % B/Sab: % B/Swk: 49% L: % 
1. Datuk Seri Tiong King Sing (BN) (23,628) 
2. Lim Su Kien (DAP) (8,663) 
Majoriti: 14,965
Jumlah undi: 32,579
Peratus mengundi: 64.64%
Undi rosak: 288
Penyandang: Datuk Seri Tiong King Sing (BN)
(Majoriti: 11,267 undi)

P219 MIRI (PRU2008)
Jumlah Pengundi: 55,963
Peratusan Kaum: M: 22% C: 61% I: % B/Sab: % B/Swk: 17% L: % 
1. Datuk Peter Chin Fah Kui (BN) (19,354) 
2. Fong Pau Teck (DAP) (14,138) 
Majoriti: 5,216
Jumlah undi: 33,765
Peratus mengundi: 60.33%
Undi rosak: 273
Penyandang: Datuk Peter Chin Fah Kui (BN)
(Majoriti: )
menang tanpa bertanding

Harap-harap Timbalan Presiden PAS yang baru, Hj Mat Sabu boleh main peranan yang lebih berkesan kepada PAS dalam bab pembahagian kerusi ni.

Kalau tak boleh dapat semua 4 kerusi yang PAS minta tu, dapat 3 pun jadi la. Kalau 3 pun tak boleh dapat 2 pun aku yakin PAS Sarawak boleh terima lagi. Tapi kalau 1 pun tak boleh bagi baik PAS Sarawak keluar ja dari Pakatan Rakyat Sarawak.

Tapi rasanya, DAP boleh bagi kalau takat 1 kerusi, PKR pulak aku tak berapa nak yakin, tapi bila diingat balik yang Azmin pernah merungut lepas PRN Sarawak dulu yang PKR 'terpaksa' bertanding banyak kerusi atas alasan tak mau bagi BN menang percuma, sepatutnya PKR mengalu-alukan kesediaan PAS untuk bertanding kerusi PKR kali PRU13 nanti.

Tapi tak tentu jugak, macam masa PRN Sarawak baru ni, PAS katanya cuma mintak 3 kerusi ja tiba-tiba di suruh bertanding 5 kerusi. Jadinya tak mustahil jugak untuk PRU13 ni PAS mintak 4 tapi dapat 5 kerusi. Mampuih Umno!!!

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...