Ramai sebenarnya yang macam Shamsubahrin tapi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 27, 2012

Ramai sebenarnya yang macam Shamsubahrin tapi...


KeadilanDaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 27 Jan: Saksi penting National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail akan memberikan kerjasama kepada KEADILAN bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam skandal itu, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Shamsubahrin sebelum ini didakwa menjadi mangsa kambing hitam apabila dituduh merasuah anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes tersebut.

Beliau hari ini berdepan pula dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana didakwa menipu seorang pemandu teksi dan kes melibatkan isu membekal pembantu rumah.

“Kita nampak (pertuduhan) ini usaha mendiamkan Shamsubahrin, menakutkan beliau agar tidak memberi kerjasama kepada kita. - KeadilanDaily.  
Aku yakin cukup ramai yang macam Shamsubahrin ni, ada cukup banyak maklumat dan bukti penyelewengan pemimpin United Malay National Organisation tapi tak berani nak tampil. Aku yakin ramai yang teringin nak tampilkan segala bukti tu tapi takut depa pun akan kena macam Shamsubahrin kena.

Bukan setakat orang awam, kakitangan kerajaan pun ramai, malah dalam kalangan anggota polis pun ramai yang dah dapat kesedaran tapi tak cukup keberanian untuk tampil.

Undang-undang macam OSA memang sangat berkesan untuk tutup mulut depa-depa ni.

Apa yang ada pun macam bekas Pengarah Pelajaran Perak yang baru masuk PAS tu. Tu pun dia takdak dedahkan bukti. Sama jugak dengan bekas Ketua Polis Daerah ang juga baru masuk PAS, walaupun dia ada sebut contoh-contoh penyelewengan termasuk yang terbaru dia kata 'Tukang Basuh Pinggan Kedai Mamak Pun Boleh Jadi Warganegara' tapi dia pun tak cukup berani nak tampilkan bukti.

Kalau la ada yang cukup berani bagi bukti-bukti penyelewengan pemimpin-peminpin Umno yang memang cukup banyak dan didedahkan secara meluas, mungkin kut lebih cepat kita dapat sedarkan orang melayu terutamanya sukapa kenal wajah sebenar Umno dan tara mana pengkhianatan yang puak-puak celaka tu buat selama ni.

Mungkin pergerakan ABU boleh sediakan satu platform untuk depa-depa yang ada bukti pengkhianatan puak-puak celaka tu salurkan bukti-bukti tu, dengan jaminan identiti depa takkan didedahkan walau apa jadi sekali pun.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...