Agihan kerusi - Harap tak jadi macam di Sarawak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 22, 2011

Agihan kerusi - Harap tak jadi macam di Sarawak

Malaysiakini melaporkan:
Pakatan Rakyat telah mengarahkan setiap negeri supaya membincangkan mengenai pembahagian kerusi di kalangan parti-parti komponennya menjelang pilihan raya umum ke-13, kata pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman.

Menurut beliau, sekiranya rundingan itu tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka kebuntuan berkenaan akan dibawa ke peringkat pimpinan atasan Pakatan untuk diselesaikan.

"PAS pada dasarnya kekal dengan status-quo, tapi mungkin ada perubahan," katanya sambil menambah perundingan dan agihan kerusi terletak di bidang kuasa setiausaha agung.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita pada sidang mengenai pembahagian kerusi bagi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS-DAP-PKR yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mencapai persefahaman bahawa mereka tidak akan bertanding di kerusi yang diwakili oleh rakan mereka yang lain.

Ini membolehkan mereka bertanding satu lawan satu menumbangkan BN. - Mkini.  
Memang elok sangat bincang pasai kerusi ni dibuat awal. Kalau buat lambat sangat macam di Sarawak hari tu, memang masalah. Walaupun katanya berdasarkan status-quo tapi aku yakin sangat akan ada banyak jugak kerusi yang akan berebut.

Suka aku nak ingatkan, jangan la ada yang jadi tamak macam masa PRN Sarawak hari tu, buruk sangat nampak. Dah la buruk kelaku tamak tu, kalah teruk pulak tu. Lagi teruk dari tu, bila dah kalah teruk, merungut pulak.

Apa pun, biar bertengkar awai, tapi jangan sampai dah bubar parlimen pun, tak habih lagi bertengkar. Lagi satu,  kalau ada perebutan mana kerusi, aku harap sangat-sangat suara dari akar umbi diambilkira masa perundingan tu nanti.

Maksud aku, kalau boleh, masa perbincangan di peringkat negeri berkenaan kerusi yang dipertikaikan tu, wakil dari parti-parti berkenaan di peringkat Dun atau Parlimen dijemput sama untuk berbincang. Macam tu jugak masa perbincangan di peringkat Majlis Presiden, wakil parti-parti di peringkat Dun atau Parlimen berkenaan dijemput sama.

Pasainya yang akan jadi masalah adalah di peringkat DUN atau Parlimen tu, bukan diperingkat negeri atau pusat. Kalau ada wakil dari Dun/Parlimen masa buat keputusan bersama tu sekurang-kurangnya masalah  yang akan ujud di jentera peringkat Dun/Parlimen berkenaan dapat dikurangkan.

Lagi satu, aku harap cadangan usul yang cawangan aku bawa  (yang aku dibagitau dah dipanjangkan sampai ke peringkat PAS Pusat) macam yang aku tulis kat sini yang berbunyi macam kat bawah ni diterima pakai dalam pengagihan kerusi untuk PRU13
Jika terdapat mana-mana wakil rakyat dari parti-parti Pakatan Rakyat yang melompat keluar dari parti, kerusi berkenaan tidak boleh lagi ditandingi oleh calon dari parti tersebut dan mesti diserahkan kepada parti rakan dalam pakatan Rakyat untuk ditandingi pada pilihanraya seterusnya.

Kami yakin jika usul ini diterima untuk dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kejadian wakil rakyat melompat keluar parti dapat dielak kerana:
  1. Pemilihan calon oleh parti yang terlibat pasti akan dibuat dengan lebih rapi lagi kerana kesilapan memilih calon akan mengakibatkan kerusi berkenaan terlepas kepada parti rakan untuk ditandingi di masa akan datang.
  2. Kawasan, cabang atau bahagian parti berkenaan yang mana calon parti tersebut bertanding dan menang, akan memastikan wakil rakyat berkenaan benar-benar berkhidmat kepada rakyat dan memastikan apa-apa masalah yamg melibatkan wakil rakyat akan cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin.
  3. Pucuk pimpinan parti-parti di peringkat pusat akan lebih mengambil berat berkenaan masalah diperingkat akar umbi terutama yang ada wakil rakyat kerana ianya akan mempengaruhi pembahagian kerusi untuk pilihanraya seterusnya. - Cenangau.
Walaupun usul tu lebih sesuai untuk digunapakai selepas PRU13, tapi ada jugak relevannya kalau boleh digunakan untuk PRU13 ni.

PRU13 aku yakin akan jadi pertarungan yang sangat sengit antara BN dan PR dan PR pulak memang sungguh-sungguh berhasrat untuk kalahkan BN. Jadinya setiap kerusi yang berpotensi untuk menang sangat penting untuk dipastikan kita menang dengan mengurangkan risiko untuk kalah swebanyak mungkin.

Samada nak mengakui atau tak, tentu punya ramai yang mengundi calon PR pada pilihanraya lepas yang lepas menang melompat tu kecewa, bukan saja kecewa kepada wakil rakyat yang melompat tu tapi juga kecewa kepada parti berkenaan. Tentu punya ada dari kalangan depa yang kecewa tu dah tak minat untuk keluar mengundi kalau pun mungkin tak sampai untuk mengundi calon BN.

Kalau depa tak mengundi dah tentu akan mengurangkan undi yang calon PR akan dapat. Tambah-tambah lagi la kalau depa undi pulak calon Umno sebagai tanda protes, lagi la rugi PR dan berkemungkinan calon PR boleh kalah.

Jadinya, pada aku lebih selamat kalau kerusi tu tak lagi ditandingi oleh calon dari parti berkenaan dan wajar diberikan kepada parti lain dalam PR. Sekurang-kurangnya undi dari orang yang kecewa kepada parti yang berkenaan masih bersedia untuk mengundi calon PR.

Lagi satu, tindakan macam tu boleh mengujudkan persepsi yang baik untuk PR, tindakan macam tu menunjukkan yang Pakatan Rakyat ambil serius masalah pengkhianat ni dan parti-parti dalam PR mengambil tanggungjawab atas kesilapan parti pilih calon.

Realitinya memang ramai dari PKR yang lompat tu, tapi ada jugak dari DAP (Jelapang) dan PAS (Pasir Mas.)

Sumber imej (gambar hiasan) : Pencacai Melaysia

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...