Usul tu berbunyi:
Jika terdapat mana-mana wakil rakyat dari parti-parti Pakatan Rakyat yang melompat keluar dari parti, kerusi berkenaan tidak boleh lagi ditandingi oleh calon dari parti tersebut dan mesti diserahkan kepada parti rakan dalam pakatan Rakyat untuk ditandingi pada pilihanraya seterusnya.
Kami yakin jika usul ini diterima untuk dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kejadian wakil rakyat melompat keluar parti dapat dielak kerana:
Jadinya, aku harap sangat usul ni dibawa sampai ke Pusat. Kalau lagi banyak kawasan yang bawa ulus ni lagi cantik.
- Pemilihan calon oleh parti yang terlibat pasti akan dibuat dengan lebih rapi lagi kerana kesilapan memilih calon akan mengakibatkan kerusi berkenaan terlepas kepada parti rakan untuk ditandingi di masa akan datang.
- Kawasan, cabang atau bahagian parti berkenaan yang mana calon parti tersebut bertanding dan menang, akan memastikan wakil rakyat berkenaan benar-benar berkhidmat kepada rakyat dan memastikan apa-apa masalah yamg melibatkan wakil rakyat akan cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin.
- Pucuk pimpinan parti-parti di peringkat pusat akan lebih mengambil berat berkenaan masalah diperingkat akar umbi terutama yang ada wakil rakyat kerana ianya akan mempengaruhi pembahagian kerusi untuk pilihanraya seterusnya.
Memang la aku yakin, usul ni takkan dibahas masa Muktamar Agong, tapi bila banyak kawasan yang bawa usul ni, aku yakin, PAS Pusat akan rasa lebih kuat untuk bawa perkara ni ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis