PKR jangan tamak SNAP jangan kedekut | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 20, 2011

PKR jangan tamak SNAP jangan kedekut

Kalau tak silap aku, masa menjelang PRU1999 frasa macam tajuk tu cukup popular. "Kita jangan kedekut, mereka jangan tamak".

Frasa yang disebut oleh TG Nik Aziz masa Muktamar PAS ke-46 tu cukup popular terutamanya ditujukan kepada dikalangan ahli PAS yang memang rata-rata tak setuju nak bagi kerusi yang memang dah sejak dari dulu lagi PAS bertanding kepada calon Keadilan.

Puak-puak PAS masa tu ramai yang cukup keras tak setuju kerusi kawasan depa dibagi kepada Keadilan untuk bertanding walaupun dari segi sejarahnya PAS bukan setakat tak pernah menang di situ tapi memanjang kalah dan dengan majoriti besar pulak.

Depa cukup tak puas hati bila nampak sangat Keadilan tamak nak bertanding banyak kerusi tapi dalam masa yang sama bukan setakat jentera lemah, ada kawasan yang cawangan pun takdak.

Tapi akhirnya, kecuali beberapa kes terpencil, kebanyakkan kawasan-kawasan akur dengan keputusan pimpinan PAS di peringkat pusat yang masa tu diketuai oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dan berlaku pertandingan satu lawan satu dengan calon BN.

Bagi aku, frasa macam tajuk kat atas tu cukup sesuai didendangkan sempena pilihanraya Dun Sarawak yang akan berlangsung tak lama lagi. "PKR jangan tamak SNAP jangan kedekut"

Memang nampak jelas sangat pertikaian dikalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk tentukan kerusi mana yang depa nak bertanding terutama yang melibatkan PKR dan SNAP.Dun Sarawak cuma ada 71 kerusi, tapi kalau ikut kehendak masing-masing PKR tuntut 52 kerusi, SNAP 28 kerusi, DAP 20 kerusi dan PAS pula 6 kerusi dengan jumlah semua 106 kerusi.

Yang paling tak logik sekali PRK yang nak bertanding sampai 73u% kerusi yang ada. Takkan kut PKR rasa kuat sangat sebab boleh rampas kerusi Sibu dalam PRK sebelum ni. Nampak sangat PKR mengidam kerusi Ketua Menteri.

Dan memang tak patut sangat, bila perundingan pembahagian kerusi belum selesai, Azmin dah buat kenyataan kepada wartawan. Sepatutnya keputusan akan dibuat pada 20 Mac tapi pada 12 Mac Azmin dah umumkan tetap akan bertanding di 52 kerusi.

Dan lebih tak patut bila dikatakan PKR cuma bersedia nak serahkan 3 kerusi saja untuk SNAP bertanding padahal SNAP adalah parti dari Sarawak dan dah lama berpolitik.Mungkin la kut ada kebimbangan yang lepas pilihanraya nanti SNAP buat hal dengan Pakatan Rakyat tapi itu benda yang kedepan dan memang risiko yang Pakatan Rakyat kena ambil. Tapi walaupun sebagai langkah berjaga-jaga PKR tak sepatutnya buat tindakan sampai nampak menghina SNAP.

Kalau pertikaian pembahagian kerusi tu tak selesai cara baik dan SNAP ambil keputusan tinggalkan Pakatan Rakyat, orang yang patut dipersalahkan adalah Azmin, selain dari Anwar Ibrahim sendiri sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Memang patut sangat masa tu kalau blogger macam aku maki Azmin dan Anwar Ibrahim.

Pemimpin PR jangan lupa yang seluruh rakyat Malaysia tengah tengok telatah hangpa. Kalau bab nak bahagi kerusi pun dah bercakaran teruk macamana depa nak yakin dan bagi kepercayaan untuk Pakatan Rakyat tawan putrajaya.

Lagi pun, keputusan pilihanraya Sarawak ni sangat penting sebabnya akan banyak mempengaruhi sokongan rakyat secara umumnya kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang. Itu pun kalau pemimpin Pakatan Rakyat serius nak menumbangkan Umno BN lebih dari bernafsu nak pegang kuasa perintah Malaysia.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...