MyMetro melaporkan:
KUALA LUMPUR: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.Mstar melaporkan:
Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.
Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.
Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.
Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini. - MyMetro.
KAJANG: Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan sejumlah RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia di Hulu Langat dekat sini.Mstar juga melaporkan:
Bantuan berkenaan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melakukan tinjauan di tempat kejadian malamSabtu.
"Selain itu segala keperluan dari segi pengkebumian akan ditanggung oleh kerajaan Pusat...kita akan biayai keperluan yang berkaitan.
"Kita juga akan menangani mengenai masalah keperluan rawatan kesihatan kepada mangsa yang terselamat," katanya ketika ditemui media. - Mstar.
KAJANG: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan peruntukan segera sejumlah RM50,000 bagi membantu tragedi tanah runtuh membabitkan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat.Harakahdaily melaporkan:
Pengerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Rodziah Ismail berkata sebanyak RM20,000 diperuntukan bagi kegunaan pengurusan jenazah.
"Sementara itu sebanyak RM30,000 diperuntukan untuk kegunaan usaha mencari mangsa dan menyelamat yang masih tertimbus," katanya ketikaditemui media di sini malam Sabtu. - mStar.
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter malam ini.
Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain mengucapkan takziah kepada kelurga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
"Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang tadi.
"Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya. - Hrkh.
SEBAHAGIAN anak-anak yatim kelihatan sayu menunggu berita rakan-rakan mereka yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh |
Imej ikhsan: Utusan via Perakite
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis