Lagi satu perisai macam yang aku tulis sikit sebelum ni, perisai yang cukup berkesan untuk PRU11 iaitu 'bantahan daftar pemilih'.
Dalam suku terakhir sebelum PRU12 Pas Kelantan melancarkan satu operasi besar-besaran membantah rang daftar pemiilih tambahan. Untuk operasi tu Pas kelantan terpaksa berbelanja ratusan ribu ringgit sebab untuk membantah satu nama, 'yuran bantahan' RM10.00 perlu dibayar kepada Spr.
Kaedah yang Spr guna waktu tu, setiap nama yang dibantah akan dibuat perbicaraan dimana setiap penama tersebut akan dipanggil (biasanya ke Pejabar Daerah berkenaan) untuk mempastikan penama tersebut ujud. Jika tidak hadir, secara automatik nama tersebut akan dipadam.
Hampir semua penama yang dibantah tidk hadir dan hasilnya berpuluh ribu nama berjaya disekat dari masuk ke dalam daftar pemilih yang diyakini nama-nama tersebut adalah 'pengundi hantu'.
Keputusan PRU12 menunjukkan banyak kerusi Dun yang Pas menang dengan majoriti di bawah 1000 undi. Malah terdapat beberapa kerusi Dun yang jumlah majoriti jauh lebih rendah dari jumlah nama yang dibantah dalamoperasi bantahan di Dun tersebut.
Dengan kata lain jika nama-nama tersebut tidak dibantah, hampir pasti kerusi Dun² berkenaan akan dimenangi oleh Umno yang akhirnya mengakibatkan Kerajaan Kelantan pasti dikuasai oleh Umno BN.
Perlu diingat yang operasi bantahan besar-besaran Daftar pemilih tu hanya dibuat oleh Pas Kelantan, Pas negeri-negeri lain tak buat operasi semacam tu, termasuklah Pas Terengganu.
Media Pengiklanan Baru