10 kilogram setiap enam biji kek, bernilai RM650 sebiji | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 11, 2010

10 kilogram setiap enam biji kek, bernilai RM650 sebiji

Sinarharian Online melaporkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek, bernilai RM650 sebiji kek, yang diberikan kepada enam pihak termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman. yang diluluskan oleh CEO PMBK sendiri untuk dirinya dan bapa mentuanya, Nik Abdul Aziz.

Sungguh-sungguh Umno BN bongkarkan kes ni walaupun depa sendiri mengaku kes ni kecil. Memang kecil la kalau dibandingkan kes² yang pimpinan Umno buat yang melibatkan jutaan malah bilionan ringgit.

Pasai apa depa sungguh² sangat. Pasainya, depa nak lumpuhkan satu lagi 'perisai' yang Pas kelantan ada iaitu datang tubuh TG Nik Aziz sendiri.

TG Nik Aziz sebagai perisai yang sangat ampuh untuk Pas Kelantan. Dengan keperibadian dan ketokohan beliau saja pun Umno cukup susah untuk melawan di Kelantan. Walau apa pun isu atau serangan yang Umno BN lancarkan tapi bila terbayangkan TG Nik Aziz majoriti pengundi di Kelantan akan berfikir kembali bila tiba masa mengundi.

Mau tau mau, Umno perlu membunuh karektor TG Nik Aziz. Sebab tu lah sejak akhir-akhir ni bersusun serangan yang dihalakan kepada TG Nik Aziz sama ada secara langsung kepada beliau ataupun kepada orang² disekeliling yang rapat dengan beliau.

Isu tajaan ke Mekah, isu Ir Ariffahmi, isu pemecatan Kickdefella, isu pemecatan setiausaha politik dan setiausaha akhbar dan macam-macam lagi isu yang boleh menjalarkan namabaik TG Nik Aziz dimainkan dengan begitu hebat dimedia² utama.

Betul atau salah dakwaan tu tidak begitu penting, yang penting isu tu dimainkan dulu, buar terpahak di fikiran orang ramai. Isu ini akan dimainkan balik bila tiba masa 'perang' pilihanraya nanti yang sedikit sebanyak pasti memberi kesan kepada pengundi.

Yang paling baik sekali jika Umno boleh membunuh karektor TG Nik Aziz sehingga beliau meletak jawatan, kerana Umno BN yakin bila TG Nk Aziz sudah tak ada dalam politik Kelantan, usaha menumbangkan kerajaan Pas Kelantan akan menjadi amat mudah.


    Alwi dakwa bukti baru penyelewengan PMBK
    KOTA BHARU - Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sekali lagi menjadi tumpuan apabila ada pihak yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dalam pembelian kek untuk Hari Raya Aidilfitri diberikan kepada Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK.
    Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, beliau mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek, bernilai RM650 sebiji kek, yang diberikan kepada enam pihak termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.
    “Apa yang dikesalkan ialah kek itu diluluskan oleh CEO PMBK sendiri untuk dirinya dan bapa mentuanya, Nik Abdul Aziz.
    “Ini satu salah guna kuasa dan penyelewengan menggunakan wang PMBK untuk membeli kek sempena hari raya bagi kepentingan sendiri. Walaupun ianya satu perkara kecil tetapi rasuah tetap rasuah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
    Sehubungan itu, Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kerana SPRM juga sedang menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK.
    “Jadi perkara ini mesti ada dalam siasatan SPRM, justeru saya minta SPRM umumkan apakah hasil siasatannya setelah tiga bulan telah berlalu.
    “Kita khuatir jika lambat diumumkan berlakunya konspirasi untuk cuba menyembunyikan bukti dan fakta oleh pihak terbabit,” katanya.
    SPRM mula menjalankan siasatan ke atas Abdul Ariffahmi sejak awal November lalu setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.
    Siasatan SPRM itu dikatakan berkisar tentang salah guna kuasa Abdul Ariffahmi dan pelantikannya sebagai CEO yang dipercayai melanggar akta suruhanjaya berkenaan.
    Isu itu kemudian memuncak apabila Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditamatkan kontraknya secara mendadak.
    Pada masa sama, Nik Abdul Aziz mengakui beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 yang turut melibatkan Abdul Ariffahmi dan beberapa ahli keluarganya.
    Apabila isu itu mendapat liputan meluas media, Nik Abdul Aziz atas nasihat kepimpinan Pas Pusat mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...