Kerajaan Kelantan bakal tumbang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 11, 2010

Kerajaan Kelantan bakal tumbang?

Hari ni Bernama melaporkan yang 'Wang Ehsan' akan mula mencurah ke Kelantan tak lama lagi.

Beliau menegaskan peruntukan itu akan diberikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan kerana ia merupakan agensi pusat untuk menguruskan segala projek pembangunan untuk negeri itu.

"Wang ehsan akan diuruskan sepenuhnya oleh JPP Kelantan bagi melicinkan pengurusan pembangunan yang teliti dan terancang dan peruntukan itu sampai kepada sasaran," katanya. Bernama

Bila baca berita tu aku teringat berita dua tiga hari lepas bila bernama melaporkan
Lebih 240,000 rakyat Kelantan yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih sekalipun pelbagai langkah telah diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mereka berbuat demikian.


Pengarah SPR Negeri Ab. Rahim Md Salleh berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.4 juta penduduk Kelantan yang telah melewati usia 21 tahun dan layak mengundi. Bernama


Kalau diimbas balik pilihanraya 2004, antara sebab yang dikatakan punca terbesar Kerajaan Pas Terengganu tumbang di Terengganu masa tu adalah kerana 2 faktor. Yang pertama kerana penangan Wang Ehsan dan yang kedua kerana 'pengundi hantu'.


Masa PRU 11 tu, Kerajaan Pas Kelantan pun hampir tumbang, hanya menguasai kerajaan negeri dengan kelebhan 3 kerusi Dun saja. Dan barang diingat antara sebab utama yang menyelamatkan Pas Kelantan masa tu kerana operasi 'bantahan Daftar Pemilih' yang Pas Kelantan buat secara besar-besaran di seluruh Kelantan.


Mungkinkah berita dua tiga hari lepas tu sebagai satu 'hint' yang Umno dan Spr akan buat operasi pendaftaran 'pengundi hantu' besar-besaran untuk Kelantan?


Kalau operasi semacam tu dibuat, mungkin kali ni 'perisai' yang Pas Kelantan guna masa sebelum PRU11 dulu mungkin tak berkesan lagi. SPR pastinya sudah 'belajar dari pengalaman'.


Dengan kekuatan 2 senjata utama ni, dengan penambahbaikan hasil pengalaman PRU2004 dan 2008, berjayakah Umno BN tumbangkan Kerajaan Pas Kelantan?

Apa pulak 'perisai' yang Pas Kelantan ada untuk PRU13 nanti?


Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...