Bagaimanapun Saifuddin berkata fakta yang mengatakan beliau mendaftar sebagai ahli PAS kawasan Pokok Sena pada tahun 2007 adalah salah.Sebelum tu Utusan melaporkan
"Fakta itu salah, memang saya pernah jadi ahli PAS di sana, tapi bukan pada 2007.
"Sebaliknya saya jadi ahli PAS di situ sekitar 80an iaitu semasa saya masih belajar di universiti," katanya.
Jelasnya, beliau telah lama keluar daripada PAS malah pernah menyertai Umno sebelum menjadi generasi pertama yang menubuhkan PKR pada tahun 1999.
"Selepas keluar PAS, saya masuk Umno, lepas itu saya bersama-sama pemimpin lain tubuhkan PKR. - mStar
Hanya 24 jam selepas Saifuddin Nasution Ismail diumumkan Setiausaha Agung baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 1 Februari ini, kini tercetus persoalan parti mana yang dianggotainya.
Ini kerana Ahli Parlimen Machang itu yang menjadi ahli Pas Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 tidak pernah mengumumkan keluar parti sekutu PKR tersebut.
Keadaan itu mengundang tanda tanya di kalangan segelintir pemimpin dan ahli kedua-dua parti mengenai kedudukan Saifuddin berikutan pengumuman jawatannya sebagai Setiausaha Agung baru dalam PKR.
Sehubungan itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan status keahlian Saifuddin dalam parti itu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa, sehingga kini Saifuddin tidak pernah mengumumkan keluar daripada Pas walaupun selepas dilantik sebagai Pengarah Strategi PKR pada konvensyen parti itu di Seremban pada Mei 2007. Utusan
Pas Pusat patut komen bab ni. Kena bagi clear. Bab cerita dia ahli Pas Pokok Sena tu pun bukan boleh main-main. Kalau betui Saifuddin ada memohon masuk balik Pas tahun 2007 sepatutnya ada rekod di Pusat, sepatutnya laa.. :D
Aku pun sebenarnya 'konfius' jugak. Masa dia menang PRK Lunas, aku boleh macam rasa calon Pas yang menang. Pada hal masa tu dia bertanding atas tiket KeAdilan. Esok pagi masa sembang dengan member baru aku perasan yang aku tersilap.
Lagi satu yang mungkin buat orang mushkil, macamana Saifuddin boleh dilantik jadi pengerusi Tabung Amanah Tok Kenali yang diujudkan kerajaan Pas Kelantan. Kalau dia bukan ahli Pas, takkan takdak ahli Pas yang layak jadi pengerusi tabung tu.
Media Pengiklanan Baru