Awat tak bakar mahkamah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 11, 2010

Awat tak bakar mahkamah?


Kalau insiden bakar gereja tu berkenaan isu istilah 'Allah' aku rasa tak berapa kena. Pasainya pihak gereja cuba ikut saluran undang-undang nak mintak dibenarkan penggunaan perkataan 'Allah' tu.

Yang lebih patut dimarah bukan pihak gereja, depa cuma mintak. Yang lagi patut dimarah adalah hakim yang buat keputusan tu. Masalahnya sampai hari ni tak berapa nak dengar pulak puak-puak yang tak setuju tu marah kat hakim berkenaan. Yang jelas sangat depa marah kat YB Khalid Samad yang sokong terang². Macam masa demo kat depan Masjid Negara tu, sampai siap pijak gambar Khalid Samad, nasib baik tak sempat bakar.

Pasai apa takdak pun insiden pijak gambar hakin tu, takkan tak jumpak cari gambar hakim tu. Takkan tak boleh cari, patutnya kalau boleh pijak gambar orang pasai marah, gambar hakim tu yang lebih patut dipijak bersama gambar Khalid Samad.

Kalau nak marah pihak gereja sampai bakar gereja patutnya bukan la ni, patutnya dah lama dulu, masa depa mula-mula failkan kes ni di mahkamah lagi dah patut pihak yang bakar gereja tu dah mula bakar gereja. Kes ni bukan baru, dah lama dah.

Mingguan Malaysia ada menerbitkan rencana berkenaan isu ni pada 6 Jan 2008, artikel bertajuk Kemelut Pemikiran Agama, IKIM terbitkan balik artikel tu dalam laman web rasmi IKIM.

Pasai tu aku cukup bersetuju dengan Bang Mat Sabu yang kata isu ni sengaja dimainkan oleh Umno. Ada pihak yang berani sampai tahap bakar gereja pasai depa yakin depa dilindungi. Depa tak berani punya nak bakar mahkamah pasai depa tau depa takkan dilindungi.


Kalau betui Umno ikhlas sayangkan agama dan sanggup buat apa saja untuk agama, Umno boleh gunakan kaedah yang depa guna untuk kes Perak hari tu.Macam yang anje tulis kat blog dia
Jam 9 mohon, kui 11 dengar rayuan, kui 1 dan dapat lulus permohonan. Keputusan smart-tac - anje-online
Yang jelas nampak, dengan isu nama 'Allah' ni, semua isu lain terpadam, jadi senyap. Bukan takat isu penyelewengan dan salah laku Umno BN jadi senyap, isu Pas di Kelantan pun senyap sama. Pasai tu la kut harga kek RM650 sebijik pun Umno kelantan bawak keluar, nak bagi panas balik kat Kelantan la tu.

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...