SPR kemaskini daftar pemilih untuk pilihanraya seluruh Perak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 16, 2009

SPR kemaskini daftar pemilih untuk pilihanraya seluruh Perak?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8ehN5K5sQb9LK4eTr5ddMGJ4WPoXMTHb1Mxx3WyC6dizP8ZHPemnV4OSZlV2-WCybg861o0ETXDdCPAj9akFOsn8ZQmjs_0VMey9jNcwLMiiHvl4gK4I0V_5PusjC4J3fgtEYOWhdRwCC/s1600-r/spr.jpgPejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121. BERNAMA [link]
Apakah ini satu 'hint' dari Spr? Mungkinkah Dun Perak bakal dibubarkan dalam masa terdekat? Apakah Spr sedang kemaskini daftar terkini untuk digunakan masa pilihanraya Dun Perak?

Memang itu andaian aku. Kalau dak pasai apa ditekankan di Perak padahalnya tempoh tu untuk satu Malaysia. Jadinya mungkin betui Spr Perak sedang kemaskini daftar dan kalau Dun Perak dibubarkan dalam masa terdekat daftar pemilih yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih 2009 dengan tambahan suku pertama kedua dan ketiga yang dikemaskinikan sehingga 30 September 2009.

Tak kira la jadi bubar ka dak Dun Perak, kerja kita dengan Daftar Pemilih ni kena berjalan terus. Dengar ceritanya banyak Kawasan yang buat daftar pengundi baru secara besar-besaran, jadinya kena ambik perhatian dengan berita ni.

Image073.jpg picture by paspbJangan sungguh-sungguh daftar ja tapi tak semak, masa pameran ni la kena semak. Mana tau kut-kut ada mana yang tak masuk.  Kalau ada nama yang hangpa daftar tu tak masuh dalam senarai, kena buat TUNTUTAN tapi kena pastikan salinan borang A yang warna merah tu ada kat hangpa.

Macam tu jugak kalau ada nama yang bukan hangpa daftar tapi nampak macam tak berapa nak betui. Kena buat bantahan. Mungkin tu kerja Umno nak ujudkan PENGUNDI HANTU. Benda ni kena buat di semua peringkat. Peringkat Parlimen kena buat, peringkat Dun kena buat, peringkat Upu kena buat dan yang paling penting peringkat lokaliti pun kena buat. Pasainya depa yang lebih kenai orang-orang kawasan depa.

Kalau tak tau cara, pi tanya dengan perhubungan, cari Salman, Naib KP. Kalau dia jawab taktau atau dia banyak 'songeh' hangpa bagitau kat aku, biar aku belasah cukup-cukup, bukan takat dia aku akan belasah, sampai ke PJ pun aku akan belasah, konon beria-ia suruh bubar Dun Perak tapi bab Daftar Pemilih pun tak khatam lagi.

Satu benda lagi aku nak ingatkan, tempoh untuk bekerja sangat singkat, cuma 7 hari. Dalam tempoh tu la kena agihkan rang daftar tu sampai ke orang kita kat lokaliti. Dalam tempoh tu jugak kena buat semakan, kena teliti nama satu-persatu. Dan dalam tempoh tu jugak kalau nak kena buat TUNTUTAN atau BANTAHAN, nak kena cari dan isi borang, dan kena hantar sebelum atau pada 26bOktober 2009.

Jadinya kalau nak pastikan 'kerja' tu berjalan lancar, kena buat persediaan dari awai. Paling kurang pun kena maklumkan kat 'orang kita' yang berkenaan suruh depa bersedia untuk 'buat kerja'. Nak kena jugak sediakan sejumlah duit untuk buat BANTAHAN pasai satu nama kena bayar RM10.00. Kalau nak bantah 100 nama kena la sediakan RM1,000.00 duit hangus.

Lagi satu aku nak ingatkan benda ni bukan orang Perak ja kena buat tapi satu Malaysia kena buat, terutama sekali kawasan-kawasan yang Adun atau Ahli Parlimen yang ada harapan besar nak mati dalam masa terdekat.

Insyaallah kalau dah dapat 'softcopy' aku akan tolong buat analisa untuk kawasan-kawasan seluruh Perak. Kalau ada kawasan yang perlukan bantuan aku boleh tolong buat analisa sampai level lokaliti. Berapa yang daftar baru, berapa pindah masuk, berapa pindah keluar, berapa mati, berapa nama dibuang dan sebagainya. Senang nak buat pemantauan. Kalau berhajat boleh email aku guna email






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...