Isu babi: Kedah tak belajar dengan Kes Hj Nizar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 06, 2009

Isu babi: Kedah tak belajar dengan Kes Hj Nizar?

Secara dasarnya aku setuju dengan Aris Awang yang
Secara dasarnya saya menyokong tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar, mengambil tindakan meroboh Pusat Pemotongan Babi tanpa lesen yang beroperasi sejak 30 tahun lalu. (28 tahun 7 bulan di bawah UMNO/BN).1

Secara dasarnya juga aku tak bersetuju kalau ada yang marah pada Setiausaha MBAS, Che Mohamad Che Nai yang menguatkuasakan undang-undang walaupun tindakan dia tu menyusahkan kerajaan PAS Kedah dan sapa pun tak patut nafi kalau ada yang kata tindakan dia tu antara lain bertujuan supaya orang cina marah kat Kerajaan PAS Kedah.

Cumanya, pada aku isu ni walaupun mainan Setiausaha MBAS, Che Mohamad Che Nai, tapi sebenarnya menguntungkan Kerajaan PAS Kedah. Takat mana untung bergantung kepada tindakan kerajaan negeri lepas ni. Sekurang-kurangnya PAS Kedah dah boleh tarik nafas lega pasai reba yang Umno Kedah terpaksa tanggung lebih 16 tahun1 PAS Kedah tak payah tanggung. Pusat 'bantai' babi haram bukan isu untuk PRU13.

Pada aku kalau betui statement bawah ni maknanya isu ni akan reda tak lama lagi.
ALOR SETAR: Exco kerajaan negeri Kedah, Fakhrurazi Zawawi telah memberikan penjelasan panjang lebar kepada pemimpin DAP Pusat berhubung dengan pusat penyembelihan babi di Mergong, Kedah.

“Nampaknya mereka faham dan meminta kita menyelesaikan isu ini dengan baik. Tetapi DAP Kedah nampaknya tidak berpendirian sama dengan DAP Pusat,” kata Datuk Seri Azizan Razak.2

Jangan marah kat Che Mohamad Che Nai, dia cuma jalankan tugas dia menguatkuasakan undang-undang. Dia cuma Setiausaha MBAS.

Sama jugak secara dasarnya aku tak setuju kalau ada orang yang marah tindakan Setiausaha MBAS, Che Mohamad Che Nai yang menguatkuasakan undang-undang sampai MBAS ligan orang melayu yang meniaga air balang, buah pelam longgok, ayaq nyok, buah limau buah epal depan Pekan Rabu. Berselerak habih buah dan air balang. Hingga kemarahan peniaga-peniaga kecik ni memeningkan Dato’ Taulan Rasul yang pegang portfolio Kerajaan Tempatan. Taulan makan maki hamun peniaga hari-hari, sehingga terbina persepsi awam iaitu Taulan seorang Exco yang lemah walaupun pernah bekerja di Bandaran Alor Setar.2

Memang tak patut marah kat dia, dia cuma jalankan tugas walaupun untuk tutup reba tindakan dia tu terpaksa MB Kedah campur tangan.
Membantai peniaga melayu ni terhenti bila MB menegur tindakan menyepak balang air hinggakan berlaku kezaliman dan penindasan. MB mengarahkan mereka diberi lesen. Biarlah mereka mencari rezeki yang halal. Ingatan MB ialah tentang air mata orang yang dizalimi dan pesanan Rasulullah kepada sahabat yang diutus menjadi gabenor di Yaman. Apakah keutamaan bila menjadi pemerintah dan apakah yang dikatakan zalim.2

Jangan marah kat Che Mohamad Che Nai, dia cuma jalankan tugas dia menguatkuasakan undang-undang. Dia cuma Setiausaha MBAS.

Sama jugak secara dasarnya aku tak setuju kalau ada orang yang marah tindakan Setiausaha MBAS, Che Mohamad Che Nai kalau lepas ni dia buat keputusan kuatkuasakan undang-undang atas sebuah dewan awam di sebuah kuil hindu di Jalan Pegawai. Luas dewan itu lebih kurang 900 kaki persegi, tempat masyarakat India belajar tarian tradisional, tempat perjumpaan, jamuan, tiusyen dan kegiatan sosial kaum India penganut hindu.2

Kalau la jadi macam perancangan dia, dewan ni pun roboh macam robohnya Rumah Bantai b
Babi, dah tentu puak-puak Hindu marah, dah tentu Hindraf mengamuk dan tak mustahil Exco dari Bukit Selambau pulak terpaksa jadi wakil bebas.3

Jangan marah kat Che Mohamad Che Nai, dia cuma jalankan tugas dia menguatkuasakan undang-undang. Dia cuma Setiausaha MBAS.

Aku sebenarnya tak berapa nak marah kat Che Mohamad Che Nai atau sapa pun yang macam dia. Pasainya memang la dia punya angkara tapi yang Kerajaan Kedah baik sangat bagi dia bermaharajalela tu pasai apa? Yang paling aku nak marah sekali kat ahli majlis MBAS. Awatnya hangpa ni penakut sangat. Takkan dia sorang hangpa tak boleh nak 'jaga', kena gertak dengan undang-undang pun hangpa dah takut. Kalau agak-agak tak berani jugak pi la cari bekas murid-murid Allahyarham Ust Ibrahim Libya kat belah Sik dengan Baling tu, depa takdak masalah kalau takat nak bagi amaran kat sapa pun.

Lagi satu aku nak marah jugak dengan Kerajaan Negeri Kedah. Yang baik sangat dok bela jebon-jebon Umno dalam kerajaan negeri tu buat apa? Takkan tak belajar dengan Perak. Takkan tak sedar apa yang jadi kat Perak tu mainan jebon-jebon Umno macam ni la. Kalau pun tak boleh nak ambik tindakan 'buang' depa ni takkan tindakan nak bagi depa ni 'beku' pun tak boleh dibuat.

Pada aku mainan orang macam Che Mohamad Che Nai ni tak tara mana. Aku risau kalau depa-depa yang lagi tinggi punya mainan, depa-depa yang la ni dok bergayut dan menyorok belakang Sultan Kedah. Jaga-jaga, orang-orang yang macam ni la yang buat kerja sampai Perak tak nampak kesan apa walaupun Kerajaan PR perintah setahun.

Harapan aku, mesyuarat Perhubungan PAS Kedah semalam ada bincang bab ni. Buat la lagu mana pun, janji jangan bagi dah jebon-jebon macam Che Mohamad Che Nai ni bermaharaja lela.

Artikel rujukan
  1. MASALAH BABI... JANGAN LAH SAMPAI BERCERAI-BERAI .........
  2. Target seterusnya - Kemarahan Kaum India Pulak
  3. ADUN tunggal DAP Kedah isytihar diri bebas dan berkecuali
  4. "Hero" Kedah Low Profile!
  5. Azizan Bukan 'Hero' Sebenar



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...