Mak Pak yang bangang, anak jadi mangsa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 05, 2009

Mak Pak yang bangang, anak jadi mangsa

Kejahilan Kita, Anak-anak Mangsanya

Bukan sekali saya berhadapan dengan situasi ini. Anak lelaki saya yang berusia 9 tahun yang bersembahyang di sebelah saya di saf pertama atau kedua akan diminta ke belakang. Sebenarnya saf paling belakang bersama kanak-kanak yang lain.

“Putus saf”, itulah kata mereka. Seringkali juga saya meminta anak lelaki saya kekal di tempatnya. Seusai solat, ekor mata orang yang tidak bersetuju dengan tindakan saya akan tajam merenung.

Saya faham dia tidak setuju tetapi dia tidak berani bersuara. Kalau dia bersuara, saya akan jelaskan duduk perkara yang sebenarnya.

Walaupun aku belum ada anak dan tentunya tak pernah kena situasi macam yg ustaz ni kena tapi aku pernah tengok situasi macam ni. Kesian sungguh kat budak yang kena tu, muka macam nak nangis, tapi kesian lagi kat pak dia. Aku tak pasti pasai tak tau hukum, pasai malas nak bertekak atau brader tu protes cara tu, brader tu sembahyang sekali dengan anak dia kat saf budak-budak kat belakang.

Dalam isu-isu macam ni aku nak sentuh balik benda yang aku rasa aku pernah sentuh lama dulu. Bab kitab kuning. (malas nak cari entry lama)

Bukan maksud aku nak pertikai ulama' dulu-dulu tapi sepaham aku depa-depa tu buat ijtihad bukan saja berdasarkan ilmu depa tapi jugak berdasarkan pengalaman depa dan yang lebih penting berdasarkan suasana dan realiti masyarakat masa tu.

Cukup selalu aku jumpa pemikiran yang anggap kitab-kitab kuning ni macam kitab Al-Quran, paling kurang pun macam Al-Hadith. Apa yang dia baca dalam kitab dia pegang betui-betui sebagai hukum yang qat'ie, dah macam level hukum hudud dalam quran, langsung tak boleh persoai.

Selalunya bila aku rasa hukum yang dia beria-iya pertahankan tu mungkin perlu dinilai balik, mungkin perlu ijtihat baru, aku selalu guna konsep perawi.

Mula-mula aku akan tanya nama 'buku', saja aku tak guna istilah kitab. Selalunya akan timbulkan tak puas hati, ada peluang aku cerita beza kitab kuning dengan kitab Al-Quran.

Lepas tu aku akan tanya bab penulis. Selalunya memang tak ingat la nama pengarang. Lepas tu pulak aku akan tanya bab ijthat, apa yang dia pahak dengan konsep ijtihad, dan soalan wajib aku "Adakah pintu ijtihad telah tertutup?".

Buah akhir aku biasanya aku akan suruh rujuk kitab lain sama, mungkin ada ulama' lain yang hukumkan macam lain. Tak pun kena pi mengaji kat ustaz lain sama, mungkin ustaz lain tu rujuk kitab lagi banyak.

Dan aku biasanya berenti takat tu ja. Mana boleh lebih-lebih, aku mengaji takat tu ja. Lepas tu macam biasa aku akan alih cerita ke cerita politik yang aku boleh 'goreng' ikut suka aku.

Baca sambungan artikel berkenaan di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...