Awat la Majlis Syura' dan JKKP PAS Pusat ni lembab sangat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 11, 2015

Awat la Majlis Syura' dan JKKP PAS Pusat ni lembab sangat?

Takkan Mursyidul Am dan ahli-ahli MSU yang cukup hebat dalam bab hukum tak khatam bab awlawiyat kut dan takkan tak cekap dengan formula 'yang mana lagi kurang mudhorat' kut.

Harakahdaily melaporkan:
Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017 akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat yang akan berlangsung jam 8.30 malam itu akan melantik setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan semua jawatan yang dilantik. - Hrkh
Aku heran sungguh dengan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sessi baru ni, dah berapa hari dah dapat mandat baru semalam nak mesyuarat kali pertama.

Kalau keadaan biasa takdak isu panas tak heran la tap keadaan sekarang ni cukup panas, ahli PAS seluruh negara tengah pening dengan isu Usul Dewan Ulama yang gesa putuskan hubungan dengan DAP tapi JKKP boleh buat rileks.

Tambah-tambah pulak dalam usul Dewan Ulama' tu dengan jelas sebut:
MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat. 
Di Penang, Mat Sabu dan Dr. Mujahid dah pun letak jawatan dengan Kerajaan Negeri, beberapa pimpinan dan ahli PAS peringkat bawah pun dengar ceritanya dah pun letak jawatan. Pemimpin dan ahli PAS yang lain yang pegang jawatan lantikan politik dalam kerajaan negeri Penang dan Selangor masih tunggu kata putus dan arahan rasmi dari PAS.

DAP pulak dah berapa hari perli PAS bukan saja pasai jawatan dengan kerajaan negeri ni malah juga kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Masalahnya, Harakahdaily juga melaporkan:
Bagaimanapun katanya, mesyuarat esok tidak akan membincangkan kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat.
"PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita esok," katanya. - Ibid. 
Mungkin JKKP tunggu Majlis Syura' bermesyuarat dan buat keputusan dulu kut sebelum depa buat mesyuarat dan buat keputusan untuk perlaksanaan kalau Majlis Syura' luluskan usul tu.

Bab Majlis Syura' aku pun tak reti nak ulas macamana, nak kata lebih-lebih pun tak kena. Takkan depa-depa yang sepatutnya cukup hebat dalam bab hukum tak khatam bab awlawiyat kut, takkan tak cekap dengan formula 'yang mana lagi kurang mudhorat' kut.

Kesian la kat pemimpin dan ahli PAS akarumbi, depa semua tengah pening dan susah hati dengan kemelut usul Dewan Ulamak tu. Dan patut lebih kesian lagi kepada PAS secara umum yang persepsinya cukup teruk sekarang ni hasil tindakan tak cerdik Jawatankuasa Usul meluluskan usul Dewan Ulama' tu tanpa bahas.

Sekarang ni zaman dah serba canggih, teknologi perhubungan pun dah cukup pantas, takkan masih nak beraksi macam zaman Tok Nadoq jugak lagi.

Yang aku paling tak puashatinya dengan MSU ni, dalam bab melibatkan kepentingan ahli ni lambat ja MSU nak mesyuarat tapi bab nak lantik Pemangku Mursyidul Am hari tu dengar ceritanya tak sempat-sempat, sampai ada yang mendakwa cukup korum mesyuarat pun tak cukup.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...