Memang memalukan, Malaysia yang diwar-warkan nak jadi negara maju tapi masih mengamalkan politik BANGANG lagi CELAKA macam ni.
mStar melaporkan:
ALOR SETAR: Polis Kedah meminta semua pihak yang terlibat dengan aktiviti berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) termasuk memasang bahan pilihan raya supaya berkempen secara aman dan tidak menimbulkan masalah.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima beberapa laporan kejadian bendera dan poster parti politik dicabut oleh penyokong parti lawan di beberapa tempat di negeri ini. - mStar.
Bharian pula melaporkan:
KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati umat Islam supaya melaksanakan tanggungjawab semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 secara berhemah dan mengikut lunas Islam.Aku yakin puak-puak penchachai Umno BN langsung tak heran dengan permintaan Ketua Polis Kedah. Mungkin kut puak-puak ni dok rasa negara Malaysia ni hak milik depa saja termasuk polis pun hak milik depa. Jadinya depa ingat depa boleh buat apa saja.
Katanya, selain menjaga nama baik umat Islam, mereka juga perlu menjaga tata susila sebagai rakyat yang bertamadun dan matang dalam membuat pemilihan sesebuah kerajaan. - Bharian.
Tapi, kalau tengok ke apa yang berlaku selama ni memang nampak macam tu, bukan sekali dua ceramah Pakatan Rakyat diganggu termasuk sampai berdarah tapi tak ada dengar pun polis buat tangkapan, takdak sapa pun yang didakwa.
Nasihat mufti pulak tak payah cakap la, memang kompom depa tak heran. Puak-puak peminat video lucah dan penyebar fitnah takkannya heran apa yang mufti kata, walaupun mufti tu pemimpin depa yang pilih menggunakan kuasa Sultan.
Harakahdaily melaporkan:
Terbaru, salah satu pos pilihan raya PAS Dun Cempaka berhampiran Pangsapuri 610 Pandan Indah di sini, dirosakkan dipercayai perbuatan khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab beberapa hari lalu.Contoh macam kes ni, aku cukup yakin kalau polis sungguh-sungguh nak selesaikan tentu takdak masalah punya. Pi cekup ketua pos BN yang terdekat, gertak sikit tentu bocor punya nama penchachai terlibat. Tambahan pulak tentu punya bersepah capjari puak-puak penchachai tu ditempat kejadian.
Pos yang didirikan sejak lebih seminggu lalu itu dirosakkan dengan ketiga-tiga bilah kipas di dalam pos itu dibengkokkan, 15 helai bendera parti dicuri dan kain rentang dibuang. - Hrkh.
Cuma masalahnya dalam kes politik macam ni pihak Polis Diraja Malaysia sangat-sangat tidak profesional. Nak salahkan anggota polis pun tak berapa nak boleh jugak pasainya apa sangat yang depa terutama sekali yang kat bawah boleh buat. Pasainya kita semua tau cukup ramai pegawai-pegawai polis yang terlibat dengan rasuah yang memerlukan 'perlindungan' dari orang politik.
Pasai tu la kita tak patut heran bila kes khianat macam ni polis tak berapa nak ambik berat, situasi yang panas hasil tindakan khianat macam tu boleh naik satu tahap lagi.
Keadilandaily melaporkan:
Seorang petugas Pakatan Rakyat parah selepas ditetak sekumpulan penyokong Umno bersenjata pedang dan parang di Felda Neran 1 pada 11 April lalu.Pihak polis yang tak profesional satu hal, di pihak Umno BN pulak lagi satu hal. Macamana la budaya negatif macam ni tak berleluasa kalau pemimpin Umno BN pun samseng tak ketahuan punca.
Asri Hassan, 40, diserang lebih 15 penyokong Umno BN yang datang menaiki empat kereta, di hadapan Markas Pakatan Rakyat di situ, kira-kira jam 11 malam. - KD.
Malaysiakini melaporkan:
Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki minggu lepas.Memang memalukan, Malaysia yang diwar-warkan nak jadi negara maju tapi masih mengamalkan politik BANGANG lagi CELAKA macam ni.
Menurut laporan itu yang dilihat oleh Malaysiakini, kejadian itu
berlaku di Putrajaya pada 5 April pada sekitar jam 11.30 pagi dan laporan itu dibuat pada jam 5.13 petang.
Pengadu itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia pergi ke pejabat pemimpin Umno itu untuk meluahkan maalah yang dihadapinya.
"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.
"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya. - Mkini.
Dan yang lebih memalukan, boleh kata semua yang terlibat aku yakin terdiri dari kalangan orang melayu yang mengaku Islam.
Macam dajai...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis