Ghani Othman setuju untuk bunuh diri? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 15, 2013

Ghani Othman setuju untuk bunuh diri?

Kalau tengok dari atas kertas macam ni, memang sah Ghani menempah maut. Taktau la pulak kalau pengundi Cina di Gelang Patah boleh dibeli. Kalau boleh dibeli memang Ghani sebagai Menteri Besar kerajaan sementara Johor mampu beli walau berapa pun harga yang depa tawarkan.

TheMalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 15 April — Datuk Abdul Ghani Othman akan mempertahankan Gelang Patah melawan Lim Kit Siang dari DAP manakala pemerintah Barisan Nasional (BN) mencari kerusi selamat untuk pengganti berpotensi sebagai Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Pilihan Raya 2013, kata sumber dalaman.

Walaupun BN berjanji untuk meletakkan muka baru, The Malaysian Insider difahamkan lelaki berusia 66 tahun itu adalah yang terbaik untuk melawan Lim yang berusia 72 tahun dengan gabungan pemerintah itu bergantung kepada undi Melayu untuk membantu mereka dalam pilihan raya umum 5 Mei. - TMI.     
Satu strategi terbaik dari Umno BN untuk pastikan parlimen Gelang patah tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Pasainya kalau letak calon dari MCA jugak mungkin depa pun tau yang kalah memang dalam tangan. Letaklah sapa pun kalau dari MCA takkan dapat lawan kehebatan Lim Kit Siang terutama sekali untuk merebut undi dari kaum cina.

Ada yang kata dengan Lim Kit Siang sebagai calon, undi kaum cina mungkin Pakatan Rakyat boleh dapat sehingga 85% malah ada yang kata tak mustahil meningkat menjadi 90%.

Jadinya, Umno BN tukar strategi, dengan meletakkan calon dari Umno nampaknya depa tak lagi mengharapkan undi orang cina tapi akan tumpu untuk dapatkan semaksima mungkin undi orang melayu.

Kalau ikut PRU12 faktanya macam kat bawah ni:
P162 GELANG PATAH
Jumlah Pengundi: 78,676
Peratusan Kaum: M: 33.54% C: 54.06% I: 12.22% 
1. Tan Ah Eng (BN) (33,630) 
2. Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) 
Majoriti: 8,851
Jumlah undi: 60,653
Peratus mengundi: 77.09%
Undi rosak: 2,244
Penyandang: Tan Ah Eng (BN)
(Majoriti: 31,666 undi) 
Kalau tengok ke peratus pengundi nampak jelas Ghani memang macam menempah maut. Dengan peratus pengundi cina lebih 54% dari segi adatnya memang kompom Ghani akan kalah. Takkan cukup kalau Ghani dapat semua 33.54% undi pengundi melayu pun.

Tambah lagi paran kalau tengok ke 2 Dun dalam Parlimen tu.
N48 SKUDAI
Jumlah Pengundi: 44,459
Peratusan Kaum: M: 22.07% C: 65.48% I: 12.26% 
1. Dr. Boo Cheng Hau (DAP) (23,124) 
2. Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (BN) (10,270) 
Majoriti: 12,854
Jumlah undi: 33,984
Peratus mengundi: 76.44%
Undi rosak: 590
Penyandang: Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (BN)
(Majoriti: 2,193 undi) 

N49 NUSAJAYA
Jumlah Pengundi: 34,217
Peratusan Kaum: M: 48.46% C: 39.23% I: 12.18% 
1. Abdul Aziz Sapian (BN) (16,643) 
2. Mohd. Shah Lamat (Pas) (9,259) 
Majoriti: 7,384
Jumlah undi: 26,652
Peratus mengundi: 77.89%
Undi rosak: 750
Penyandang: Abdul Aziz Sapian (BN)
(Majoriti: 14,776 undi) 
Di Dun Skudai yang DAP bertanding cuma ada 22.07% saja pengundi melayu. Mungkin boleh kut Ghani dapat undi melayu maksima di Dun ni.

Tapi bila di tengok ke Dun Nusajaya, boleh ka Ghani dapat sokongan maksima dari pengundi Melayu. Pasainya calon PAS kat Dun ni adalah Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang dah lama dah diwar-warkan sebagai calon menteri besar dari Pakatan Rakyat.

Kalau tengok dari atas kertas macam ni, memang sah Ghani menempah maut. Taktau la pulak kalau pengundi Cina di Gelang Patah boleh dibeli. Kalau boleh dibeli memang Ghani sebagai Menteri Besar kerajaan sementara Johor mampu beli walau berapa pun harga yang depa tawarkan.

BTW, tindakan meletakkan Ghani Othman 'membunuh diri' di parlimen Gelang Patan boleh bagi kelebihan kepada Salahuddin Ayub, itupun kalau kena dengan cara dan strateji jentera PAS mainkan isu ni.

Skandal Ghani Othman & Halimah Sadique
Gambar hiasan ni bukan super impose kut noo...
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...