Semuanya bergantung kepada besar mana lubang penapis yang SPRM guna | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 12, 2013

Semuanya bergantung kepada besar mana lubang penapis yang SPRM guna

Yang sebenarnya lepas tak lepas seseorang bakal calon tu bergantung kepada berapa saiz penapis yang SPRM guna. Kalau jenis yang lubang besar sikit la yang sangkut, kalau lubang kecik sikit lagi ramai yang sangkut.

TheMalaysianInsider melaporkan:
PAGOH: Barisan Nasional (BN) tidak teragak-agak untuk mengugurkan calon-calon yang telah disenarai pendek jika didapati mempunyai masalah berkaitan rasuah, hutang atau kes jenayah selepas menjalani proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap calon perlu melalui proses penting itu bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar bebas daripada masalah yang dinyatakan.

“Hanya mereka yang lulus saringan daripada SPRM sahaja yang akan terpilih dan layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). - mStar.
Bunyi macam hebat, konon depa nak bagitau yang semua calon Umno BN yang akan bertanding dalam PRU13 nanti bebas dari rasuah. Konon ja la...

Aku tak pasti berapa ramai rakyat Malaysia yang bangang yang akan tertipu dengan strategi Umno BN ni.

Maksud aku, aku langsung tak percaya kalau ada pemimpin Umno yang benar-benar bebas dari rasuah dan salahguna kuasa. Kalau ada pun memang betul-betul kes terpencil atau mungkin lebih tepat lagi kalau kita panggil bangang.

Pasainya budaya rasuah dalam Umno memang cukup teruk sampai Dr. Mahathir sendiri pernah kata Umno adalah parti yang busuk sampai ke usus.

Tara nak lawan pemilihan dalam parti pun kena ada modai untuk bagi rasuah, kalau tak bagi kompom tak menang. Takkan kut bila dah menang depa tak berusaha nak ambik balik modai

Taktau la pulak kalau ada yang tak macam tu pasainya semua kawan-kawan aku yang sebelum ni orang kuat Umno bagitau, depa semua buat duit bila sampai time ada pemilihan dalam Umno.

Lagi satu, kalau tengok keadaan fizikal depa pun nampak jelas, maksud aku takkan tiba-tiba boleh kaya raya lepas menang jawatan katua pemuda bahagian.

Tara ketua cawangan Umno pun sibuk nak duit kopi kalau ada projek kecil-kecilan kat dalam kampung, inikan pulak Ketua Bahagian, tentu lagi lebat masuknya.

Kesimpulannya kalau ada la yang kata ada pemimpin Umno ikhlas dan langsung tak rasuah atau salahguna kuasa himpun kekayaan, samada yang kata tu bangang atau pun pemimpin Umno tu BANGANG.

Pasai tu la aku langsung tak heran bila ada keluar senarai yang katanya tak lepas tapisan SPRM. Nasib la sapa yang jadi "kambing hitam" tu'

Aku kata kambing hitam pasai lepas tak lepas seseorang bakal calon tu bergantung kepada berapa saiz penapis yang SPRM guna. Kalau jenis yang lubang besar sikit la yang sangkut, kalau lubang kecik sikit lagi ramai yang sangkut.

Kalau betul-betul SPRM tapis, mungkin langsung takdak pemimpin Umno yang layak jadi calon, yang boleh jadi calon pun dari kalangan muka baru yang baru nak berjinak-jinak dalam Umno.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...