Macam ni cara Umno BN nak tagih undi dari pemandu teksi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 21, 2013

Macam ni cara Umno BN nak tagih undi dari pemandu teksi?

Apa pun, kalau pemandu teksi betul-betul harap kebajikan depa terjaga, depa bukan saja kena undi calon Pakatan Rakyat tapi depa kena kempen supaya semua penumpang teksi depa mengundi calon Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Umno BN dalam PRU13.

Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih melakukan kajian mengenai pemberian permit teksi individu dan menyemak semula kadar pajakan (sewa beli) teksi untuk diseragamkan pada masa depan, kata Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.
Katanya sehingga kini terdapat 37,000 jumlah teksi permit di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dan 45 peratus dari jumlah tersebut adalah permit teksi individu.

"SPAD perlu meneliti secara menyeluruh mengenai pengeluaran permit teksi individu kerana pengusaha teksi sebelum ini telah menyatakan kebimbangan mereka kepada SPAD dan menganggap SPAD kini mahu menjalankan perniagaan teksi pula menerusi pemberian permit teksi berkenaan," katanya. - Mkini.     
Boleh percaya ka dengan angka 45% tu?

Pasainya, walaupun aku cukup jarang turun ke Kuala Lumpur tapi boleh kata tiap kali aku turun aku memang guna perkhidmatan teksi termasuk yang terbaru masa #KL112.

Dan setiap kali aku naik teksi di Kuala Lumpur antara soalan wajib aku kat pemandu teksi tu adalah "Teksi ni permit sendiri ka permit syarikat?" Dan tiap kali aku dapat jawapan yang sama "Permit syarikat", dah lepas tu tentu punya pemandu teksi tu akan membebel pasai masalah depa yang berpunca dari "permit syarikat".

Kalau ikut hukum satatistik, kalau 45% permit teksi di Kuala Lumpur adalah permit individu tentu la hampir separuh teksi yang aku pernah naik tu guna permit persendirian tapi realitinya tak pernah sekali pun teksi yang aku naik tu guna permit individu, semua permit syarikat.

Malaysiakini juga melaporkan:
Katanya tiada pemberian permit teksi baharu dikeluarkan setakat ini kerana SPAD tidak mahu ada lambakan permit teksi yang tidak aktif.

"Kebanyakan kes sebegini membabitkan individu, koperasi dan persatuan yang menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) teksi tetapi gagal dilesenkan dalam tempoh yang telah ditetapkan," katanya. - Ibid.
Punca jadi macam ni takdak lain melainkan pasai permit-permit tu dibagi kepada pemimpin Umno yang kebanyakkannya jenis berniaga ayaq lioq. Kalau bukan ada kabel Umno jangan harap la nak dapat permit teksi.

Realitinya memang macam tu, memang kebanyakkan syarikat teksi milik orang melayu bermazhab Umno dan  kebanyakkannya diuruskan oleh orang cina. Senang ceritanya, pemimpin Umno yang celaka ni bagi permit tu kat orang cina dan ambik untung atas angin.

Patutnya tak timbul soal permit tak aktif kalau SPAD betul-betul buat kerja. Susah apanya, batalkan saja la permit yang tak aktif tu, dan bagi kepada orang yang memang betul-betul nak bawak teksi.

Lagi satu isu yang tak kurang pentingnya macam yang dilaporkan Malaysiakini:
Selain itu, SPAD akan berunding dengan pengusaha teksi untuk menyeragamkan sistem bayaran sewa beli sedia ada kerana terdapat bayaran sewa berbeza sekarang iaitu antara RM15 sehari sehingga RM45 sehari. - Ibid.
Aku taktau bila zaman punya data yang Syed Hamid Albar guna. Mana ada lagi syarikat yang kenakan bayaran semurah RM15. Kalau ikut kata kawan aku 'bekas' pemandu teksi, dia bagitau kalau bayaran RM15 mungkin untuk kereta buruk yang tak tentu boleh jalan ka dak.

Member tu bagitau contohnya kalau kereta Proton Waja bayaran sehari RM60, maknanya sebulan kena bayar RM1800 dan tempoh sewa beli pulak 7 tahun.

RM60 pertama yang pemandu teksi tu dapat adalah hak syarikat, lebihnya baru dapat kepada pemandu teksi yang terpaksa ditolak pulak kos minyak atau gas dan tol.

Member tu bagitau masalah paling besar dengan permit syarikat kalau teksi rosak dan perlu masuk bengkel berhari-hari. Dah la sumber pendapatan terhenti, bayaran harian tetap juga kena bayar kepada syarikat.

Member tu tekankan kerajaan memang sepatutnya bagi lesen individu pasainya dengan lesen individu, pemandu teksi akan jadi lebih berdisiplin dan keselamatan penumpang akan lebih terjamin.

Pasainya dengan permit individu tentulah pemandu teksi tu akan lebih berhati-hati, kalau ada pemunpang buat aduan lesen dia mungkin boleh ditarik balik.

Dan kebanyakkan pemandu teksi yang 'sembelih' penumpang tu pasai permit syarikat. Kalau ada aduan pun yang kena permit syarikat, paling lebih pun lesen PSV dia digantung, dan dia masih lagi boleh 'pajak' teksi dia tu kat orang lain.

Lagi satu, bila permit syarikat, syarikat tentu nak kena ada pejabat, kakitangan beberapa orang yang tentu perlukan kos dan kesemua kos tu terbeban kepada pemandu teksi, termasuk jugak 'untung atas angin' yang penama permit dah setkan dia mesti dapat tiap bulan.

Apa pun, kalau pemandu teksi betul-betul harap kebajikan depa terjaga, depa bukan saja kena undi calon Pakatan Rakyat tapi depa kena kempen supaya semua penumpang teksi depa mengundi calon Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Umno BN dalam PRU13.

Pasainya Pakatan Rakyat dah janji kalau dapat kuasa di Putrajaya, permit teksi syarikat akan dimansuhkan dan pemandu teksi akan dibagi permit individu.

Aku cukup tertarik dengan ayat yang member aku tu kata "Tayar baru pemandu teksi mampu beli tapi permit mana boleh beli."

Berkaitan



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...