Pada jam lebih kurang 1.45 hingga 2.00 pagi, 23 Mei 2012, sahabat saya Jamaludin Rahman seperti biasa ingin datang ke rumah saya untuk menumpang melelapkan matanya, setelah penat seharian membawa teksi untuk mencari pendapatan bagi menafkahi keluarganya dan juga perjuangannya.
Ketika teksi beliau mula memasuki Flat PPR Laksamana tempat tinggal saya, sebuah motor di pandu oleh pemandu mabuk (berbangsa India) telah terlanggar bahagian hadapan teksi berkenaan. Saudara Jamal turun dari kenderaannya untuk bertanyakan jika ada apa-apa yang perlu dibantu kepada pemandu motor yang melanggari teksinya.
Namun dalam keadaan mabuk, pemandu itu naik angin dan memarahi sahabat saya Jamal dan memanggil rakan-rakannya yang duduk berhampiran 'port mabuk' mereka. Setelah menyedari mereka ingin memukul beliau, Jamal telah melarikan diri ke arah jalan raya, sedang mereka terus mengejar seperti Jamal melakukan jenayah besar.
Kejadian ini disedari oleh "anak-anak buah" saya yang sedang berbual berhampiran Blok C dan mereka telah menghampiri Jamal dan cuba menghalang salah seorang dari mereka yang sedang menghayunkan topi keledarnya ke arah Jamal. Salah seorang anak buah saya telah menarik Jamal dan membawa beliau lari dengan motornya tanpa kasut dan helmet ke sebuah tempat untuk menenangkan "Pakcik" yang mereka bantu itu.
Kemudian Jamal di bawa ke Balai Polis Pudu untuk membuat aduan atas perkara ini. Kumpulan "Hero Mabuk" yang tidak berpuashati tadi telah kembali ke teksi Jamal dan memecahkan semua cermin dan lambang teksi. Dan kami penduduk disini amat mengenali pelaku tersebut bersama kumpulannya.
Mereka tunjuk "hero" setelah melanggar orang dan nak pukul orang tersebut pulak, namun bila tak dapat, mereka hancurkan kereta pula... Apalah nak jadi..
Lagi gambar di sini |
Sebelum saudara Jamal di hantar pulang oleh anak saya, dia merenung ke arah teksinya...
"Allah uji kesabaran saya dan pasti Allah nak beri ganjaran yang lebih baik dari ini" itulah ucapan yang keluar dari mulutnya dengan wajah yang tenang.
Sebak saya apabila melihat sahabat saya (yang telah seperti keluarga) itu memikirkan berbagai perkara yang perlu beliau hadapi ekoran dari tindakan kumpulan "Hero Mabuk" ini...
Saya yang turut merasai apa yang beliau rasa, terfikir di benak fikiran saya...
Dengan apa lagi dia nak berusaha? Teksinya sudah tentu memerlukan masa yang lama untuk di baiki
Berapa hari dia hilang punca pendapatan sedangkan duit teksi perlu dibayar
Beliau dan keluarganya juga memerlukan duit...
Bagaimana Jamal mahu pulang menjenguk keluarganya di kampung ?
Sedang dalam saya terfikir-fikir, Jamaludin Rahman (JR-Pasti Jihad) telah hilang dari pandangan pergi bersama anak saya yang menyusuri jalan untuk menghantar Jamal. Muga beliau dapat menenangkan hatinya buat beberapa ketika, setelah terkejut dengan kejadian yang menimpanya yang menurut beliau sepanjang pengalaman beliau membawa teksi, itulah pertama kali orang yang melanggar beliau.. tapi dia pulak yang mahu memukul beliau. pelik.. memang pelik... Muga pihak Polis dapat menyelesaikan kes ini kerana kami memang amat mengenali kumpulan "hero mabuk" tersebut.
PADA RAKAN-RAKAN YANG ADA "BERKELEBIHAN", BOLEHLAH MEMBANTU SAHABAT KITA INI.
No Akaun Maybank
162 218 5453 55
Jamaluddin bin Abdul Rahman
Sumber: Aku OKU
Berkaitan
- Datuk Fauzi yang saya kenali. - Jamaluddin Rahman.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis