KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kerajaan BN gagal memahami keperluan pemandu teksi apabila memberi empat tayar percuma berbanding permit.
Menurutnya, pemberian berupa one-off tidak mampu merubah apa-apa nasib yang sedang membelengu pemandu teksi yang sejak dahulu menagih permit.
"Kerajaan tak tahu keutamaan dan keperluan yang dikehendaki rakyat. Mereka bukan minta tayar, mereka minta permit.
"Bagi tayar tak selesai masalah, permit masih kena bayar kepada syarikat," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M).
Melalui bantuan itu pemandu teksi diberi voucher bernilai RM520 untuk menukar tayar teksi di kedai terpilih. - Hrkh.
Keadilandaily pulak melaporkan:
SABAK BERNAM 20 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta.Akhirnya hari ni Najib terpaksa mengalah, cuma yang lawaknya boleh lagi sempat berdrama macam yang dilaporkan Malaysiakini
“Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat. Insya-Allah,” kata Ketua Pembangkang itu.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di sini, Anwar menyifatkan sogokan itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.
“Apa beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak bawa, kena bagi balik.
“Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini?
“Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu, laung Hidup Melayu,” sindirnya dan disambut sorakan rakyat.
Anwar tidak teragak-agak memanggil semua pemilik permit teksi untuk diserah kepada pemandu apabila Pakatan menang pilihan raya umum ke-13. - Keadilandaily.
[Sumber: Mkini] |
Lagi satu, pemandu teksi perlu tunggu lagi sampai 2 tahun, maknanya nak kena bagi Umno BN menang lagi PRu13, tu pun belum tentu boleh dapat pasai Najib 'terpaksa' berunding dengan para cukong.
Jangan pandang kecik kekuatan pemandu teksi. Ada berapa puluh ribu pemandu teksi, kalau depa semua kempen kat penumpang depa berbisa jugak.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis