Pemandu teksi ditipu, TR1MA sebenarnya bukan pasai nak bantu pemandu teksi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 18, 2012

Pemandu teksi ditipu, TR1MA sebenarnya bukan pasai nak bantu pemandu teksi

Bulan lepas Najib Razak umumkan yang kerajaan akan bagi baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.

Insentif yang bakal telan belanja RM35juta tu akan dibagi melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Ramai yang anggap pemberian kerajaan tu macam sakit lain tapi dibagi ubat lain. Yang pemandu teksi bising selama ni pasai depa nak permit individu bukannya pasai takdak duit nak beli tayar.
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Sejahtera 2012 yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen tahun lepas menjanjikan lesen dan permit terus kepada individu dan tak lagi kepada syarikat konsesi macam yang diamalkan sekarang.

Aku nak cerita sikit pengalaman aku dengan drebar teksi baru-baru ni.

Masa naik teksi dari Chow Kit nak ke Himpunan Oren di Masjid Wilayah hari Sabtu lepas, aku try cucuk brader india drebar teksi tu, sebut pasai tayar free, sekali dia pulak yang kempen kat aku.

"Kita mau permit bukan mau tayar, tayar kita boleh beli tapi permit mana ada jual, tarak guna punya kerajaan..." kata drebar teksi tu.

"You tau ka, ini syarikat teksi punya tokey ada 8 company, satu company ada 500 permit, sudah berapa dia dapat itu permit? Kita cuma dapat 4 tayar saja."

"You tau apa pasai kerajaan kasi permit sama syarikat tarak kasi sama pemandu teksi? Dia kasi sama syarikat dia boleh dapat komisyen, kalau satu permit 50 sen pun sudah berapa dia boleh dapat?"

"Kali ni kita kasi jatuh sama itu Najib Razak, kasi mati itu sama itu MIC."

‎"You tau ka, satu bulan saya kena bayar satu ribu ampat ratus sama syarikat, teksi jalan ka tarak jalan ka itu satu ribu ampat ratus mesti mau bayar, rosak kalu sendri repair." Kata brader india drebar teksi tu.

Bila dah dekat nak sampai Masjid Putrajaya aku tanya brader india drebar teksi tu "you tau ka apa pasai saya mau pi Masjid Wilayah? Pasai sana ini hari ada demo, demo kaler oren, itu bantah Felda punya".

"Ooo... ya ka? Ini hari ka? Saya tau la itu bantah saham punya kan? Bagus-bagus.. Ooo.. Itu pasal la sana depan ramai polis ada tunggu." Balas drebar teksi berbangsa india tu.

Bila aku dah bayar dan nak turun teksi, sekali brader tu sound aku "Apa pasal you tarak pakai oren punya baju? Kasi beli la satu. Apa macam oren punya demo you pakai ini kaler punya baju..."

Chisss... Hahaha...

Apa yang aku nak cerita, pemandu teksi tu secara terang-terang tanpa tapis langsung kempen kat aku suruh tukar kerajaan.

Banyak lagi sebenarnya yang dia kata sampai aku pun tak ingat. Yang aku tak lupa, dia siap maki Najib lagi, padahal aku takdak pun bagi apa-apa hint sebelum yang kerja aku  fulltime lawan Umno.

Apa yang aku nak cerita, drebar teksi pun tak termakan dengan gula-gula pilihanraya dari Najib dalam bentuk tayar 4 biji tu.

Berbalik kepada tajuk entry ni, para pemandu teksi sebenarnya dah kena tipu dengan Najib. Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar dah bocor rahsia macam yang dilaporkan mStar.
[Sumber: mStar]
Najig bagi baucer tayat 4 biji tu bukan pasai simpati kepada pemandu teksi tapi pasai simpati kat penumpang teksi, nak pastikan keselesaann untuk penumpang teksi.

Mungkin lepas ni elok Najib bagi baucer servis aircond pulak kepada pemandu teksi... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...