Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang jangan dok lembik sangat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 22, 2013

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang jangan dok lembik sangat


Kalau baru nak jadi pertama kali ok la kut kenyataan lembut macam tu tapi kalau dah berkali-kali dah demo yang menyusahkan parti macam tu takkan masih nak bagi kenyataan lembik jugak.

Harakahdaily melaporkan:
PULAU PINANG: PAS Negeri Pulau Pinang tidak terlibat dengan sebarang penganjuran demonstrasi aman di hadapan Dewan Sri Pinang jam 9.00 pagi esok.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man menjelaskan demikian ketika diminta mengulas sistem pesanan ringkas (SMS) daripada beberapa individu yang mendakwa ahli PAS mengajak semua ahli dan penyokong PAS menyokong keputusan Majlis Syura dan mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya senyap berhubung isu kalimah Allah. - Hrkh.    
Tara tu ja ka statement Pesuruhjaya PAS Negeri? Tegas dan keras sikit tak boleh ka?

Kalau tengok kenyataan kali macam photostate kenyataan dia pada 28 Disember lepas. Bezanya kenyataan 28 Disember tu selepas demonstrasi kenyataan kali ni sebelum demonstrasi.

Aku dah ulas panjang pasai kenyataan dia pada 28 Disember tu dalam posting aku yang bertajuk "Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni?"

Kalau baru nak jadi pertama kali ok la kut kenyataan lembut macam tu tapi kalau dah berkali-kali dah demo yang menyusahkan parti macam tu takkan masih nak bagi kenyataan lembik jugak.

Harakahdaily juga melaporkan:
Beliau tidak mahu isu tersebut disala ertikan dan menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat berbilang bangsa. - Ibid.
Mau ka tak mau, memang kompom itu yang akan penchachai Umno BN main. Macam demo sebelum ni, memang dah jadi pun yang lebih bagi sakit hati PAS Pulau Pinang tetap tak mau ambil tindakan walaupun tindakan segelintir pihak yang mengaku ahli PAS tu memang sah-sah buat kerja celaka.

Tambah-tambah pulak bila Presiden PERKOSA PERKASA dah bagi hint macam dilaporkan Malaysiakini:
Presiden NGO pro-Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali menjelaskan bahawa beliau menyeru supaya membakar Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah untuk menyedarkan pihak yang didakwanya cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam. - Mkini.

Awat susah sangat ka nak ambik tindakan kat ahli PAS yang terang-terang buat kerja memalukan PAS tu? Awat DAYUS sangat ka PAS ni?



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...