SPR macam ketam nak ajar lemur cara berlari | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 20, 2012

SPR macam ketam nak ajar lemur cara berlari

Timbalan Pengerusi SPR ni sibuk nak persoalkan Bersih 2.0 ni konon ditubuhkan atas kepentingan sesuatu parti tapi dalam masa yang sama cukup selalu beraksi macam 'si anjing Umno', lebih kurang macam ketam nak ajar lemur macamana nak berlari.

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan Bersih 2.0 supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya walaupun mempunyai hak sebagai rakyat untuk menjadi pemantau Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, kempen Jom Pantau PRU13 yang bakal dilancarkan oleh Bersih 2.0 tidak akan membantu kelancaran pilihan raya, sebaliknya akan menimbulkan pelbagai masalah. - Sinarharian.  
Juga dilaporkan:
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata secara umumnya Bersih 2.0 ini ditubuhkan atas kepentingan sesuatu parti, jadi mungkin mereka mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan parti tersebut. - Ibid.
Timbalan Pengerusi SPR ni sibuk nak persoalkan Bersih 2.0 ni konon ditubuhkan atas kepentingan sesuatu parti tapi dalam masa yang sama cukup selalu beraksi macam 'si anjing Umno'.

Lebih kurang macam ketam nak ajar lemur macamana nak berlari padahal dia pun cuma boleh berjalan, tu pun bukan kedepan tapi mengiring. Sekurang-kurangnya walaupun berlari secara mengiring, lemur masih boleh bergerak lebih pantas dari ketam.

Sebelum nak melabel Bersih 2.0 dibayangi Pakatan Rakyat, SPR sepatutnya jadi betul-betul bebas dulu. Tapi yang berlaku, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR pun pernah ada no ahli Umno, pernah jadi ahli Umno.

Dan yang terbaru, Timbalan Pengurusi SPR Sabah bukan setakat setakat ada no ahli UMNO tapi berjawatan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan.

Padahal dalam perlembagaan cukup jelas digariskan yang SPR perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM. Nak percaya macamana kalau pemimpin parti lawan dilantik jadi SPR?

Lagipun, 8 tuntutan yang Bersih 2.0 perjuangkan selama ni adalah supaya pilihanraya bukan saja adil dan telus tetapi mesti dilihat adil dan telus dan SPR yang diamanahkan sebagai pengurus pilihanraya mestilah jugak bertindak dan dilihat adil dan telus.

Dah tentulah Pakatan Rakyat akan sokong Bersih 2.0 pasai memang selama ni Pakatan Rakyat cukup terasa yang SPR tidak adil dan telus.

Dari satu segi memang tak mustahil Bersih 2.0 sebagai pemantau pilihanraya akan menggangu kelancaran pilihanraya kalau tindak tanduk pegawai dan pengurus pilihanraya yang dilantik oleh SPR bertindak secara tidak adil dan telus.

Tambahan pulak, dengan 'kuasa mutlak' yang dibagi kepada pegawai dan pengurus pilihanraya yang dilantik oleh SPR pada temppoh kempen dan hari mengundi memang mudah sangat untuk disalahguna beraksi macam 'si anjing Umno'. Dan memang pun rata-rata dari kalangan kakitangan kerajaan yang dilantik oleh SPR cenderung belah Umno BN.

Kalau betul SPR memang berhasrat untuk bertindak adil dan telus menguruskan pilihanraya, SPR sepatutnya mengalu-alukan hasrat Bersih 2.0 untuk jadi pemantau pilihanraya malah sepatutnya bagi kerjasama sebaik mungkin untuk pastikan PRU13 nanti bukan saja adil dan telus tapi akan dilihat adil dan telus.

Apa pun, jangan lupa temujanji kita pada 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur yang termasuk menyokong tuntutan Bersih. #KL112



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...