Aku tak pasti apa 'strategi' FMT main silap mata macam tu. Takkan kut FMT pun takut kat Ngeh macam puak-puak penchachai kata Hj Nizar takut kat Ngeh kut.
FreeMalaysiaToday melaporkan:
PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, pemimpin Umno telah membocorkan rahsia pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang Kelantan.
Ngeh dilaporkan sebagai berkata, beliau hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin PAS. - FMT.
Itu isi laporan berita yang bertajuk "Pemimpin DAP dakwa Umno bocorkan rahsia tanah di Kelantan"
Mungkin ramai yang tak perasan, sebelum tu FMT ada post satu laporan bertajuk "Pemimpin DAP dakwa PAS bocorkan rahsia tanah di Kelantan"
Ayat taju hampir sama, cuma bezanya, satu guna perkataan "PAS" dan satu lagi guna perkataan "Umno". Walaupun cuma 1 perkataan tapi bawak makna yang cukup berbeza, macam buat u-turn.
Kalau klik link berita yang ada perkataan "PAS" tu akan keluar error 404, maknanya berita tu mungkin dah dipadam.
Link yang ujud dalam facebook member |
Cuma yang lebih memushkilkan aku, laporan berita tu pun sama sebijik macam laporan yang tajut ada perkataan "Umno' tu. Yang beza cuma ganti 1 perkataan "PAS" kepada perkataan "Umno".
Aku tak pasti apa 'strategi' FMT main silap mata macam tu. Takkan kut FMT pun takut kat Ngeh macam puak-puak penchachai kata Hj Nizar takut kat Ngeh kut.
Berkaitan dengan isi laporan tu berkenaan isu yang cukup hangat di blog dan facebooker penchachai Umno BN tapi blog dan facebooker Pakatan Rakyat tak berapa nak layan, nanti-nati la kut aku ulas.
Nak kena baca balik semua artikel yang berkaitan terutama sekali yang ditulis dalam mediaPerak.net berkenaan isu Ngeh dan Nga tu.
Updated
Ini imej twitter Ngeh yang berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis