Mai baca berita pasai saman AES ni dan jom kita buat pengiraan mudah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 07, 2012

Mai baca berita pasai saman AES ni dan jom kita buat pengiraan mudah

Jadinya, dari pengiraan mudah tu jumlah yang akan undi calon Pakatan Rakyat masa PRU13 nanti paling kurang pun adalah 13+11+477+318+159=978 undi atau 70.5%, lebih 2/3 tu...

Harakahdaily melaporkan:
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan cadangan menutup kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang sepatutnya dibuat hari ini.

Menurut Exco Selangor, Ronnie Liu, penangguhan itu dibuat atas nasihat pejabat peguam negeri yang dikeluarkan hari ini. - Hrkh.
Terima kasih pejabat peguam negeri Selangor atas nasihat tu. Tapi bukan berita atas tu yang aku nak ulas tapi berita kat bawah ni.
Malaysiakini melaporkan:
Mahkamah majistret Kuala Lumpur sesak semalam dengan lebih daripada 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di mahkamah, menjadikannya bilangan terbesar yang hadir sejak beberapa hari yang lalu.

Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, termasuk Soon, yang hadir untuk kes mereka didengar mahkamah. Daripada jumlah itu, 13 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah.

Dua empat orang yang mengaku bersalah itu didenda RM300 manakala 20 lagi diberi amaran. - Mkini.
Jom kita mulakan pengiraan mudah kita. Mula-mula sekali kita adaikan 1,400 OKS tu mewakili jumlah pengundi dan kita andaikan dari 1,400 tu 1/3 adalah penyokong tegar Umno BN, 1/3 lagi penyokong tegar PR manakala 1/3 lagi pengundi atas pagar.

Dari 58 yang hadir tu aku yakin 13 orang yang tak mengaku salah tu aku semua kompon penyokong tegar Pakatan Rakyat pasai depa tu tak mengaku salah hasil hasutan KASE.

Dari 44 yang mengaku salah tu aku kita andaikan semua bukan penyokong Pakatan Rakyat dan untuk senang kira kita andaikan separuh penyokong tegar Umno BN dan separuh lagi atas pagar. Dari 22 atas pagar tu kalau depa kena hasut aku yakin lebih separuh akan marahkan kerajaan dan akan undi pakatan Rakyat.

Macamana dengan baki 1,342 orang yang tak hadir tu? Kalau ikut undang-undang depa tu akan dapat waran tangkap dan macam kes saman ekor sebelum ni boleh sampai tahap polis cari sampai ke rumah dan bawak balik naik blackmaria dalam keadaan tangan bergari.

477 yang penyokong Pakatan Rakyat dah tentu takkan undi Umno BN. Dari 477 pengundi atas pagar, kalau kena hasut boleh dapat paling kurang 2/3 takkan undi Umno BN. Dari 477 yang kita andaikan penyokong Umno BN pulak aku yakin paling kurang 1/3 akan marah kat kerajaan dan takkan undi Umno BN.

Jadinya, dari pengiraan mudah tu jumlah yang akan undi calon Pakatan Rakyat masa PRU13 nanti paling kurang pun adalah 13+11+477+318+159=978 undi atau 70.5%, lebih 2/3 tu...

Tapi aku yakin kalau kena dengan cara hasutannya boleh dapat lagi banyak, mungkin boleh sampai angka 80% akan undi calon Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Pasai tu lah aku ucapkan terima kasih kat atas tu. Kalau 2 kamera AES tu tak jadi dibungkus akan ada la yang akan kena saman. Lagi ramai yang kena saman lagi bagus.

Tambah pulak kalau kerajaan negeri Pakatan Rakyat bubuh billboard besar dibelakang setiap kamera AES yang dipasang, lagi ramai la yang akan marahkan kerajaan dan akan undi Pakatan Rakyat.

Bagi penyokong Pakatan Rakyat yang kena saman, hangpa tak patut risau pasai KASE dah tawarkan khidmat guaman percuma lawan di mahkamah. Hangpa cuma perlu berkorban turun naik mahkamah saja. Takkan pengorbanan tara tu pun hangpa tak sanggup.

Kalau pengorbanan tara tu pun tak sanggup tak payah la berlagak cakap besar konon nak tumbangkan Umno BN, buat malu ja.

Lagi satu, kalau ramai OKS yang pilih untuk tak mengaku salah dan lawan di mahkamah, aku yakin Umno BN akan lebih kecut perut dan aku jangka sistem AES ni akan ditangguhkan perlaksanaannya.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...