Tapi kalau tuduh Sultan Selangor bertindak macam orang Umno atau lebih dahsyat lagi tuduh Sultan Selangor beraksi macam 'si anjing Umno', yang tu aku tak heran kalau memang betul ada. Pasainya memang itu persepsinya atau sekurang-kurangnya persepsi yang aku dapat.
Malaysiakini melaporkan:
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata beliau sangat benci apabila mendengar tuduhan bahawa beliau merupakan orang Umno – seperti yang dikesannya dalam tulisan di blog tertentu.
Dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Sultan Sharafuddin berkata tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu. - Mkini.
Sungguh, aku tak pasti pasai apa pulak tiba-tiba Sultan Selangor boleh bersuara yang dia tak suka dilabel sebagai 'orang Umno'. Dan aku jugak tak pasti, betul ka ada blogger orang yang bangang yang sanggup tuduh Sultan Selangor orang Umno. Pasainya sebagai seorang sultan memang tak patut sangat kalau dia isi borang Umno dan jadi ahli Umno.
Tapi kalau tuduh Sultan Selangor bertindak macam orang Umno atau lebih dahsyat lagi tuduh Sultan Selangor beraksi macam 'si anjing Umno', yang tu aku tak heran kalau memang betul ada.
Pasainya memang itu persepsinya atau sekurang-kurangnya persepsi yang aku dapat. Sangat selalu kenyataan dan tindakan Sultan Selangor nampak senada dan sekata macam kemahuan Umno. Malah kadang-kadang nampak macam jadi jurucakap kepada Umno.
Contoh yang paling jelas macam dalam kes kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri sebelum ni. Nampak sangat Sultan Selangor macam mempertahankan kehendak Umno. Pasainya Khusrin tu sangat-sangat dilihat sebagai proksi Umno hasil kerjabuat dia sebelum tu yang sangat-sangat menggambarkan yang dia tu paling kurang pun adalah boneka Umno.
Pada aku kalau betul Sultan Selangor tak suka dituduh sebagai orang Umno, dia kena bertindak supaya tak dilihat sebagai orang Umno.
Yang pertama sekali, Sultan Selangor tak boleh keluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat dan pendirian Kerajaan Negeri. Pasainya yang kalau bertentangan dengan hasrat dan pendirian kerajaan negeri tentu punya akan sama dengan hasrat dan pendirian Umno.
Yang kedua, Sultan Selangor kena pastikan yang pegawai dan kakitangan di pejabat istana takdak dari kalangan yang berwala' kepada Umno. Juga di dalam MAIS dan JAIS, Sultan Selangor kena pastikan takdak anasir Umno yang berselindung di balik MAIS dan JAIS.
Yang ketiga dan yang paling penting, Sultan Selangor kena kena pastikan penasihat dia bukan dari kalangan orang yang wala' kepada Umno. Untuk lebih mudah Sultan Selangor kena ada penasihat dari kalangan individu yang rapat dengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.
Atau lebih mudah lagi, Sultan Selangor kena terima nasihat terus dari Menteri Besar Selangor yang memang antara tugas dia adalah menasihati sultan.
Kalau Sultan Selangor boleh buat 3 tu, aku yakin takdak sapa yang cukup bangang akan akan tuduh Sultan Selangor sebagai orang Umno.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis