Berita Dr. Asri jadi calon PKR fitnah Ulama' Muda Umno (ILMU) ? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 07, 2012

Berita Dr. Asri jadi calon PKR fitnah Ulama' Muda Umno (ILMU) ?

Memang tak mustahil khabar angin ni dicipta puak-puak Ulama' Muda Umno yang cukup tak puas hati dengan Dr. Asri untuk menjejaskan reputasi Dr. Asri . 

Semalam aku post ulasan aku berkaitan khabar angin bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin yang katanya akan bertanding atas tiket PKR di Dun Penanti Pulau Pinang "Dr. Asri akan bertanding tiket DAP kerusi Parlimen dan PKR kerusi Dun?"

Aku sebenarnya tak berapa percaya khabar angin tu dan harap sangat khabar angin tu fitnan semata-mata. Macam tak berapa sesuai kalau Dr. Asri bertanding Dun di Pulau Pinang pasainya kalau dia menang pun paling tinggi pun dia cuma boleh jadi Exco Agama di bawah pimpinan DAP.
Nampak tak berapa nak sesuai orang macam Dr. Asri yang selalu mencetuskan kontroversi dengan pandangan dia yang agak kerap jugak dilihar menentang arus duduk di post macam tu.

Kalau betul dia nak jadi orang politik lebih sesuai kalau dia pegang jawatan menteri di peringkat pusat ataupun Menteri Besar walaupun pada aku dia aku nampak lebih sesuai jadi pembangkang.

Apa pun, kat bawah ni aku salin tampal timeline tweeter dia berkenaan khabar angin tu.


Memang tak mustahil khabar angin ni dicipta puak-puak Ulama' Muda Umno yang cukup tak puas hati dengan Dr. Asri untuk menjejaskan reputasi Dr. Asri .

Aku malas nak buat kesimpulan, hangpa baca sendiri dan hangpa simpul sendiri.

Sumber: Twitter realDrMAZA

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...