Mahfuz hasut rakyat supaya lawan polis? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 31, 2012

Mahfuz hasut rakyat supaya lawan polis?

Aku yakin majoriti rakyat Malaysia yang tau pasai berita ni akan termakan hasutan YB Mahfuz ni. Yang nak termakan dan kalut nak bayar kompaun tu pun mungkin cuma puak-puak bangang dari kalangan ahli dan penyokong tegar parti 'syaitan yang dikenali' saja.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman tidak perlu khuatir dan disarankan tidak membayar saman tersebut.

"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012. - Hrkh.   
Harakahdaily juga melaporkan:
"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan orang ramai apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan pengguna jalan raya itu adalah melebihi had laju. - Ibid.
Aku yakin majoriti rakyat Malaysia yang tau pasai berita ni akan termakan hasutan YB Mahfuz ni. Yang nak termakan dan kalut nak bayar kompaun tu pun mungkin cuma puak-puak bangang dari kalangan ahli dan penyokong tegar parti 'syaitan yang dikenali' saja.

Takkan dah lupa kut, hasil perjuangan KASE yang dipengerusikan oleh YB Mahfuz yang disokong oleh majoriti rakyat Malaysia akhirnya saman ekor dimansuhkan.

Macam tu lah jugak nanti hasilnya kalau majoriti rakyat Malaysia tolak AES ni. Kalau dah hampir semua pilih untuk tak bayar kompoun RM300 tu dan sanggup ke mahkamah, tentu punya Najib Rosmah risau dan akhirnya akan 'tangguhkan' perlaksanaan AES.

Lagi pun, sebahagian ahli BBNBC pun dah mula berbunyi suruh AES tu ditangguhkan dan terbaru, Bung Mokhtar, Timbalan Pengerusi BBNBC dilaporkan berkata:
Walaupun pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) baik ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.

Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN.
“Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.

“Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan,” - TMI.
Yang mungkin menghalang Najib Rosmah dari mansuh atau sekurang-kurangnya tangguh perlaksanaan AES cuma satu, jentera pilihanraya Umno BN akan kekurangan dana pasainya aku yakin cukong yang dapat kontrak AES ni tentu punya dah janji nak salurkan sebahagian dari keuntungan hasil rompak duit rakyat tu untuk tabung dana pilihanraya Umno BN.

Aku yakin Najib tidaklah terlalu bangang, lebih mementingkan dana pilihanraya dari undi rakyat. Yakinlah, AES ditangguhkan jugak tak lama lagi, hanya orang yang penakut pait lagi bangang saja yang kalut nak bayar saman AES sebanyak RM300 tu.

Untuk maklumat lanjut pasai kempen anti AES boleh rujuk Facebook KASE


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...