'Bungkus' kamera AES sampai PRU13 laa.. tak payah cabut | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 06, 2012

'Bungkus' kamera AES sampai PRU13 laa.. tak payah cabut

Bungkus tu pulak lagi elok kalau pakai bahan warna terang, kalau dapat yang reflektif lagi sempoi. Nak lagi sempoi, naikkan pulak kat belakang kamera tu satu billboard.

Harakahdaily melaporkan:
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan bertindak tegas dengan membungkus dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan Sepang bermula Jumaat ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil ekoran tiada sebarang tindakan untuk menanggalkannya oleh pihak Kementerian Pengangkutan walaupun tempoh dua minggu telah diberikan.

"Sementara menunggu penjelasan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri akan bertindak menutup Kamera AES dengan sarung supaya tidak dapat berfungsi bermula Jumaat ini," - Hrkh.  
Macam aku tulis sebelum ni dalam posting bertajuk  "PR bakal rugi besar kalau Selangor teruskan tindakan cabut kamera AES", aku rasa lebih untung tak cabut kamera AES tu dari cabut. Biar ramai yang kena saman, lagi ramai yang kena lagi bagus.

Tapi cadangan MB Selangor ni pun cantik jugak, daripada cabut memang jauh lebih untung kalau dibungkus sampai pilihanraya. Bungkus tu pulak lagi elok kalau pakai bahan warna terang, kalau dapat yang reflektif lagi sempoi.

Nak lagi sempoi, naikkan pulak kat belakang kamera tu satu billboard, cerita pasai apa kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat bungkus kamera tu.

Tujuannya supaya semua orang yang lalu jalan tu tau yang kat situ ada kamera AES dan depa tau yang kerajaan Selangor yang bungkus kamera tu dan apa pendirian dan tindakan kerajaan negeri Selangor pasai isu kamera AES tu.

Berbanding kalau kita terus cabut kamera tu, dah la sebelum ni tak ramai yang sedar keujudan kamera tu di situ, orang yang tah tau pasai kamera AES tu pun mungkin lupa.

[Sumber imej: Adakah Rakyat Terima Kamera AES? - jamalrafaie.com]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...