Majlis Syura' cuma akan bagi Ust Nasha amaran saja esok? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 08, 2012

Majlis Syura' cuma akan bagi Ust Nasha amaran saja esok?

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Pimpinan PAS pusat tidak pernah menggesa agar bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dipecat hanya kerana beliau meminta parti itu menilai semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat dalam isu pelaksanaan hukum Hudud.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata sekiranya pimpinan tertiggi parti itu mahu memecat Nasharudin mereka tidak perlu membawa isu berkenaan kepada Majlis yuara.

"Kita tidak perlu merujuk beliau (Nasharudin) kepada Majlis Syura jika kita mahu tindakan tegas diambil ke atasnya. Kalau kita mahu buat begitu kita boleh lakukan diperingkat pimpinan pusat sahaja,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS pada Jumaat. - mStar.
Kalau tengok ke laporan mStar tu nampak macam Majlis Syura' takkan pecat Ust Nasha dari PAS. Tambah-tambah pulak kalau diambil kira kenyataan dari beberapa ahli Majlis Syura' macam yang dilaporkan akhbar penchachai sebelum ni terutama sekali kenyataan Ust Harun Taib.

Kalau layak meramal, aku ramal Majlis Syura' takkan ambil apa-apa tindakan ke atas Ust Nasha,  paling kuat pun cuma setakat amaran lisan.

Baru-baru ni tersebar gambar pertemuan Ust Nasha dengan Ulama Muda Umno dalam suasana yang cukup mesra. Memang secara dasarnya tak salah pun kalau sapa pun nak jumpa sapa juga tapi dalam keadaan sekarang ni 'sangat tak mulia' Ust Nasha buat pertemuan macam tu, seolah-olah sengaja mengujudkan ruang untuk timbul fitnah kepada parti.

Walaupun dengan perkembangan terbaru tu, aku langsung tak yakin Ust Nasha akan dipecat dari parti.

Sebelum ni Sinarharian ada melaporkan:
SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada pihak atau individu yang boleh campur tangan mempengaruhi keputusan Majlis Syura melibatkan nasib bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu kata Pas, sebarang khabar angin berkenaan penglibatan pihak luar atau individu dari parti lain adalah fitnah.

Majlis Syura Pas akan mula bersidang 9 September ini.

Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, khabar angin yang mengatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan campur tangan dalam keputusan Majlis Syura melibatkan nasib Nasharudin merupakan fitnah yang tidak bertanggungjawab. - Facebook Salahuddin Ayub.
Tapi kalau tanya aku, PAS memang patut sangat Ust Nasha dikenakan tindakan tatatertip ataas kesalahan tak wala' kepada keputusan muktamar agung yang nak supaya Pakatan Rakyat diperkasakan.

Tambah-tambah pulak kenyataan Ust Nasha yang gesa supaya PAS kaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat tu dibuat secara terbuka.

Paling kurang pun, PAS kena bagi amaran tegas kepada Ust Nasha supaya tak lagi timbulkan kenyataan kontroversi macam tu dan dilucutkan dari jadi ahli Majlis Syura'. Pasainya sebagai bekas Timbalan Presiden, Ahli Majlis Syura' dan AJK PAS Pusat memang tak patut sangat Ust Nasha timbulkan kontroversi sampai macam tu.

Kalau ditengok kes Dr. Hasan Ali pada aku takdak masalah sangat kalau PAS pecat Ust Nasha pun, gegak gempita dia sekejap saja.

Apa pun, moga-moga ramalan aku silap...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...