Ust Nasha masih relevan untuk PAS Terengganu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 28, 2012

Ust Nasha masih relevan untuk PAS Terengganu?

Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Hayat politik Nasharudin Mat Isa yang sebelum ini kelam selepas ditekan hebat golongan 'Anwarinas' kini sedikit 'bercahaya' apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan.

Ia merupakan sokongan terbuka pertama yang diterima Nasharudin daripada pucuk pimpinan Pas selepas banyak pihak dalam parti itu termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan.
Nampak gayanya mungkin betul macam telahan aku sebelum ni, Ust Nasha bakal terlepas lagi kali ni. Nak kata apa lagi kalau Ust Harun Taib berani berterus terang kata sampai macam tu.

Ust Harun Taib ni bukan calang-calang orang dalam PAS, selain dari Ketua Dewan Ulama' Ust Harun jugak adalah 'murabbi' kepada ramai ahli PAS terutama sekali di PAS Terengganu.

Semalam Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama hanya akan membincangkan isu kenyataan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam agenda lain-lain hal sahaja dalam mesyuaratnya 9 September ini.

"Itupun kalau sempat kerana kita ada fokus lain dalam mesyuarat kali ini," kata Setiausahanya, Ustaz Nik Zawawi Salleh (gambar) kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat terutama dalam menghadapi isu hudud. - Hrkh.
Aku taktau apa persepsi yang Ust Harun dan Ust Nik Zawawi ni tak tanam.

Persepsi yang aku dapatnampak macam dah ada pre-council sebelum Majlis Syura' bermesyuarat dan nampak macam Ust Harun dan Ust Niz Zawawi macam nak memandu Majlis Syura' ikut arah depa.

Mungkin kut depa dok rasa Ust Nasha cukup relevan untuk politik PAS Terengganu untuk merealisasikan slogan PAS Ganti Umno yang cuma popular dan mungkin diterima di Terengganu.

Kalau untuk politik di sebelah pantai barat semenanjung, aku penuh yakin Ust Nasha adalah liabiliti yang cukup besar.

Semalam Malaysiakini ada melaporkan:
Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.

"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi.

"Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya. - Mkini.
Mungkin kut Ust Ahmad Awang cuma tengok dari segi politik PAS di pantai timur tapi tak tengok untuk kepentingan PAS Terengganu.

Cumanya, aku mula terfikir, pasai apa Ust Ahmad Awang tak lagi duduk dalam Majlis Syura', adakah dia sendiri yang takmau atau ada yang mencantas dia dari Majlis Syura' pasai dia cukup keras menentang idea Kerajaan Perpaduan (UG) satu masa dulu.





Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...